Followers

Saturday, May 7, 2016

perempuan ini

dulu masa tidur aku selalu terkejut dngan mimpi buruk.
dulu masa jaga aku selalu longlai dngan fitnah dan caci.
dulu masa tak ada satu pun orang mahu berdiri sebelah.
perempuan ni tetap ada

perempuan ni yang akan call tiap malam untuk tanya.

"kau dah makan"
"kau ada duit tak"
"jangan menangis dah"
"kau dekat mana ni"
"kau okay tak"
"biar orang tak percaya kau, aku ada"

perempuan ni yang akan secara tiba tiba call aku - seolah tahu aku sedang sedih.
walaupun aku tak beritahu - yang akan call aku untuk bacakan kata - kata semangat. Kadang nyanyikan aku lagu. lagu untuk tenang kan aku.

Ada ketika bila aku menangis yang terlalu. Perempuan ni akan menangis dan cakap.

"Dah...jangan menangis macam ni, aku tak tahan dengar kau menangis macam ni"

***************

Tak.
tulisan Kali ni bukan untuk meratap cerita yang lepas.aku tak pernah menyesal dengan apa yang jadi.
Sebab apa yang berlaku pada masa lepas yang menjadikan siapa aku hari ni.

Ramai orang ada kawan - tapi aku sangat yakin tak ramai punya kawan macam yang aku ada.

Kita pernah janji satu masa bila sampai saat, kita akan duduk sama-sama nikmati
suasana yang damai. Dan masa tu kita tahu derita yang dilalui. Dah berlalu.

sparkling honor and infinity bless.
No doubt.
Almighty. NB
yang berikan aku semua nikmat ni.

Thank you Allah.


Perempuan ni. Perempuan ni lah.


No comments: