mimpi apa

Entah aku mimpi apa.
Bangun pagi debak rasa.
Satu hari jadi tak tentu arah.
Tangan sejuk umpama mayat kaku.
Hati gelisah jari jari seperti kebas.

Aku tahu.
Aku rindu.

Bodoh sangat.
Rasa nak marah.
tapi pada siapa? pada apa?

Lalu aku marah pada mimpi.

Kenape mimpi?

Bawalah nyawa yang lain.
Bawalah susuk tubuh yang lain.
Bawalah senyum yang lain.

Tak indah tahu.
Tak indah bila aku yang diserbu pada rasa yang hanya aku.

Tak indah tahu.
Tak indah bilamana ingat pada nyawa yang dah jauh melupakan aku.

Duhai mimpi - aku merayu bawalah cerita lain. Jangan dibawa belon aku yang masih terbang. Biar dia terbang bebas tanpa aku tahu.

Dan kerana belon-nya dia sudah lama pecah. Sudah lama mati untuk aku.

Jadi jangan bikin aku malu. Mohon jangan mimpi lagi.


Comments

Mimpi tp menyakitkan. Bukankah mimpi sepatutnya indah2 sahaja?

Popular Posts