Monday, March 21, 2016

aku baca



Aku ada baca.
Katanya :

"saya perempuan tak perlu simpanan"

Saya gegadis tak perlukan simpanan. Nanti suami akan sediakan semua termasuk rumah idaman.

Zaman itu telah berlalu dik. Zaman ini gegadis bestari lebih menjadi pilihan hati lelaki. Apatah lagi yang telah berdikari dan beli rumah sendiri. Ini Zaman semua ada GST. Dah tak ada yang free.

Jadilah gegadis yang bijak membina harta. Bukan untuk bakal suami tapi persiapan untuk waktu duka yang kita sendiri tidak tahu sampai bila suami memuja kita.

Jika apa-apa berlaku. Kita sudah ada harta. Zaman bergantung pada suami telah berlalu dan hidup ini harus bersedia dan bukan menunggu saja. 

No comments: