Followers

Monday, March 21, 2016

aku baca



Aku ada baca.
Katanya :

"saya perempuan tak perlu simpanan"

Saya gegadis tak perlukan simpanan. Nanti suami akan sediakan semua termasuk rumah idaman.

Zaman itu telah berlalu dik. Zaman ini gegadis bestari lebih menjadi pilihan hati lelaki. Apatah lagi yang telah berdikari dan beli rumah sendiri. Ini Zaman semua ada GST. Dah tak ada yang free.

Jadilah gegadis yang bijak membina harta. Bukan untuk bakal suami tapi persiapan untuk waktu duka yang kita sendiri tidak tahu sampai bila suami memuja kita.

Jika apa-apa berlaku. Kita sudah ada harta. Zaman bergantung pada suami telah berlalu dan hidup ini harus bersedia dan bukan menunggu saja.

********************************

aku tak mahu jadi gegadis itu.
aku mahu bila hati pecah seribu dek ditinggal. tapi aku masih mampu menghayun buaian.

#senyum.

kerana aku akan sentiasa ingat.
sebelum miliki - api-angin-badai waima taufan bukan halangan. Walaupun seribu Kali aku minta undur diri. Tapi kaki diikat untuk juang ke puncak sana.

Aku tak akan lupa.

kerana aku akan sentiasa ingat.
bila tiba kau hanya sehelai kain buruk.
maka dikaki lah tempat kau.

kerana aku akan sentiasa ingat kata keramat yang mengakhir lafaz.

Kata mak, bahu aku kuat. Bukan semua terpilih untuk pikul lantunan lafaz. Ada wanita gugur rapuh hidupnya. Ada wanita mati jiwanya sehingga habis usia.

Kata mak, jiwa aku keras. Bukan semua terpilih untuk rangkul takdir begini. Allah peluk aku dengan ujian.

#senyum.

Kesakitan dalam takdir hidup.
Memungkin-kan untuk dua keadaan.

Satu : kau mati dipertengahan.
Dua : kau terus berjalan untuk hidup.

Aku pilih yang kedua. Aku selalu membayangkan aku adalah askar yang terluka di medan perang tapi masih mahu berjalan dengan luka untuk terus hidup.

Sakitnya bukan sebulan dua- bukan setahun dua. Mungkin sepanjang hayat. Orang tak akan pernah tahu betapa usaha kau hitung untuk pulih. Maka berbaloikah untuk kau pilih mati dipertengahan?

aku bukan jenis perempuan yang akan masuk dalam hidup seseorang kalau tidak dijemput. But I know, that semuanya sementara, there's have nothing will last.

Dan aku tak mahu menjadi perempuan yang mati bila ditinggal. Untuk kesekian kali kalau itu terjadi. Aku mahu hanya tersenyum dengan lapang hati. Dan aku tak mahu menangis lagi.
**********************

#penoff


Wednesday, March 9, 2016

mimpi apa

Entah aku mimpi apa.
Bangun pagi debak rasa.
Satu hari jadi tak tentu arah.
Tangan sejuk umpama mayat kaku.
Hati gelisah jari jari seperti kebas.

Aku tahu.
Aku rindu.

Bodoh sangat.
Rasa nak marah.
tapi pada siapa? pada apa?

Lalu aku marah pada mimpi.

Kenape mimpi?

Bawalah nyawa yang lain.
Bawalah susuk tubuh yang lain.
Bawalah senyum yang lain.

Tak indah tahu.
Tak indah bila aku yang diserbu pada rasa yang hanya aku.

Tak indah tahu.
Tak indah bilamana ingat pada nyawa yang dah jauh melupakan aku.

Duhai mimpi - aku merayu bawalah cerita lain. Jangan dibawa belon aku yang masih terbang. Biar dia terbang bebas tanpa aku tahu.

Dan kerana belon-nya dia sudah lama pecah. Sudah lama mati untuk aku.

Jadi jangan bikin aku malu. Mohon jangan mimpi lagi.


Yellow in me..

I'm just wondering
How I'm gonna look with yellow.

Well.

Not bad. Hahahaha!

Orhhh gosh, fatigue.
Just love to some activity now.
Recently just jalan and cuci mata and photo taken.

Ohhhh, I'll just miss
Hijau-hutan.

Well - mula rasa rindu dengan chilling.
Then shoot to my fav relaxing spot!

FRASER HILL!

I miss you Fraser, will cari mase to see u soon!


Laugh and life

Bukan semuanya sempurna
Tapi

In sha Allah
Semuanya akan bahagia.

Kau, aku .. Kita.


To :  Allah.

Terima kasih yang tak terhingga. Juga untuk kewujudan mereka yang sentiasa hadir bagai pelangi.