Followers

Monday, January 4, 2016

Rewards time!

Retreat

New year?

Nothing else that I want.
Aku tak letak apa-apa sasaran.
Yang aku mahu segala - nya yang aku mula bina semula berjalan lancar. Aamiin.

Sebab aku andaikan - hidup aku umpama kaca yang sudah pecah. Jadi aku kutip satu satu. Cantum semula. Mungkin tak akan sama tapi aku mahu bina unik yang baru.

Kaca yang pecah kita cantum - jadi arca yang indah.

#senyum

Selesaikan satu-satu.
Positif. Fikir yang baik-baik. Buat yang baik-baik. Dan aku mahu lebih bercinta dengan hijaunya hutan. Birunya laut.

Sebab aku jumpa aku disitu.

Bahagia? Bohong kalau aku cakap tak pernah down.

Tapi Aku memang sejenis yang memaksa diri untuk bahagia. Sebab Aku terlalu yakin bahagia tu sejenis rasa yang perlu dicari. Dan bahagia datang dalam bentuk dan alasan yang berbeza.


#senyum lagi.

Ini sejenis reward. Untuk diri aku sebab,
Malam 31st aku berkuak lentang dalam office sampai pukul 12.15 malam. Bayangkan dari 8.30 pagi till 12.15 malam.

No comments: