Followers

Saturday, January 9, 2016

Allah mesti kasi.



Buat keje dekat office. Wassap masuk. Dapat photo yang buat hati Aku runtun.

Sedih - tapi happy.
Gambar yang buat aku rasa lapang selapangnya. In sha Allah.

Rindu.
Suasana yang hilang.
Ye Allah uji kami sekeluarga.

Aku tahu, Aku yakin itu doa abah.
Segala berubah lepas abah sakit.
Tapi aku tahu abah tak pernah berhenti berdoa.

Tak tahu dimana silap.
Tapi itu cerita lepas.
Dan Aku tak mahu fikir dan kenangkan lagi.

Mak. Isteri pertama abah. Ye aku panggil beliau mak.

Mak. Isteri kedua abah. Itu mak kandung Aku. Untuk bezakan, aku pangil beliau ma.

Dua-dua berjasa dengan aku. Dulu ma kerja tolong abah dekat restoran. Sebab abah mengajar siang, petang baru free. Jadi ma bantu dari pagi. Lepas restoran tutup, ma kerja dekat kilang baju. Aku ingat ma kayuh basikal pergi kerja. Jadi sebab tu abah suruh aku duduk Rumah mak. Sebab sekolah agama tak payah lintas jalan raya utama. Masa tu kami tak ada kereta lagi. Aku pergi sekolah naik motor Honda 50sen. Kalau tak pakai sweater, habis baju percik minyak. Pergi sekolah agama. Aku jalan kaki, tapi tak jauh pun. Aku naik darjah 5 baru abah beli kereta. Baru merasa. #hahahaha.

Mak yang didik aku, ajar aku solat, ajar aku mengaji dari muqaddam sampai Alquran. Rotan buluh dekat tangan. Kene libas, dah kebas hahahaha. Kadang2 sebelum ngaji aku sorok rotan tu dulu. Menangis tersedu2 aku bila kene marah sebab tak lancar. Punye takut aku curi curi baca dulu sebelum solat maghrib, bagi lancar. sebab mak selalu ajar ngaji lepas solat maghrib. Hari sabtu ahad baru Aku balik rumah ma. Itu pun kalau ma ada. Sebab ma ambik tempahan katering juga.

Tak tahu fikir mana silap. Mana punca. Aku anggap itu semua ujian untuk kami sekeluarga. Masuk tahun baru, macam Aku cakap tak ada apa yang aku nak selain segalanya berjalan lancar. In sha Allah, segalanya dah naik kelangit dengan doa.

Bila balik rumah mak, kadang2 mak tanya tentang ma. Aku terfikir sendiri, mak teringat ma ke. Then bile Aku cerita dekat ma, yang mak nak operate. Ma sedih. Kakak Kate ada satu hari lepas abah pergi hospital, balik abah cerita dekat ma keadaan mak. Kakak kate ma nangis. Terus solat dan mengaji.

Tak ada apa yang aku nak lagi. Punya cepat Allah makbulkan keinginan aku.

*******************

Mak perempuan hebat.
Sanggup berkongsi kasih suami dengan wanita lain. Sanggup menjaga anak dari isteri lain untuk suaminya, iaitu aku.

Ma perempuan kuat.
Berbakul sumpah seranah, kata maki Dan caci yang tak pernah putus sehingga tua. Tapi masih kuat dan terus kuat. Ma selalu cakap jangan hidup dengan puji orang, jangan mati dengan keji orang. Allah tak pernah tidur. Allah jaga kita.

Aku terpaling muda. Lahir sepuluh tahun kemudian. Abah selalu cakap aku penghubung. Aku kene kuat. Dulu aku tak pernah faham. Mungkin.......

Mungkin sekarang aku faham sedikit.

Andai aku adalah penghubung untuk sesuatu silaturahim.
Andai aku adalah penghubung untuk sesuatu hubungan.
Yang baru bermula atau yang retak menanti belah
Walaupun terpaksa bergolok bergadai atas rasa dan bahagia sendiri.

Maka aku rela. Wallahi.

**************
Ini keluarga aku. Keluarga poligami.
Memang ada pasang surut. Memang ada ribut dan tak selalunye tenang.
Kadang berombak Kadang bah.
Tapi tetap ada damai.

Ini keluarga aku. Keluarga poligami
Yang bikin aku sentiasa tahu
Setiap dari kami bukan hak hakiki yang mutlak. Kami kepunyaan Allah. Yang bila bila masa boleh diambil atau ditarik dalam banyak cara dan keadaan.

Ya Allah kekalkan rasa lapang ini dalam hati setiapnya kami.
Kekalkan kami sekeluarga. Perbaiki kami sekeluarga.

Ini keluarga poligami aku.
Jangan hina, jangan caci, jangan maki.
Jangan Usik.
Sebab aku akan usik - cari sampai kau mati. Walaupun mati hati.

Mak..... Ma.....
There's no other words...
Allah jaga Mak, Allah jaga Ma...
Eternity love that will never been replaced.

Kite tahu abah yang paling bahagia sebab doa abah sudah terjawab.

#Allahuakbar.
#AllahblessuncleK'sfamily.


1 comment:

Perempuan said...

Allah know better. Stay strong.