Followers

Monday, September 12, 2016

setiap...

pada setiap carik luka yang kau hadiahkan.

kau terlupa.

bahawa aku selalu sembunyikan pembalut luka di belakang tangan.

pada setiap perit luka yang kau cakar kan.

kau terlupa.

bahawa aku selalu sorokkan 1001 senyuman untuk aku pakaikan.


Thursday, September 8, 2016

buat bagi jadi

Bradley Whitford dah habaq dah..



Infuse your life with action
Don't wait for it to happen. 

Make it happen.

Make your own future. 
Make your own hope. 
Make your own love.

And whatever your beliefs, honor your creator.

Not by passively waiting for grace to come down from upon high
But by doing what you can to make grace happen... 

yourself,
right now, 
right down here on Earth. 




  


 

Infuse your life with action. Don't wait for it to happen. Make it happen. Make your own future. Make your own hope. Make your own love. And whatever your beliefs, honor your creator, not by passively waiting for grace to come down from upon high, but by doing what you can to make grace happen... yourself, right now, right down here on Earth. Bradley Whitford
Read more at: http://www.brainyquote.com/quotes/topics/topic_motivational.html
Infuse your life with action. Don't wait for it to happen. Make it happen. Make your own future. Make your own hope. Make your own love. And whatever your beliefs, honor your creator, not by passively waiting for grace to come down from upon high, but by doing what you can to make grace happen... yourself, right now, right down here on Earth. Bradley Whitford
Read more at: http://www.brainyquote.com/quotes/topics/topic_motivational.html
Infuse your life with action. Don't wait for it to happen. Make it happen. Make your own future. Make your own hope. Make your own love. And whatever your beliefs, honor your creator, not by passively waiting for grace to come down from upon high, but by doing what you can to make grace happen... yourself, right now, right down here on Earth. Bradley Whitford
Read more at: http://www.brainyquote.com/quotes/topics/topic_motivational.html

Monday, August 15, 2016

proud-me



Be who you were created to be.
And you will set the world on fire.
 
My past is what has made me the person I am today. I definitely not been given the silver spoon. But I love the hand I've been dealt.

proud.

******************

Nota kaki:  mana lebih perit.

1. Bersama tetapi hati masih untuk orang lain.

2.  Berpisah tetapi ingatan dan hati masih ada - walau untuk secebis kenangan.


aku pilih yang kedua.



rindu.

Copy.
But Im not sure dekat blog mana.

**************************

jika ketika kecil aku menangis
perasaannya tidak sama ketika di guris
tidak ku tahu apa itu hidup yang tragis
menangis seketika masih ada memuji senyumku manis
jiwaku tidak sabar mengenal apa itu romantis

jika semalam aku menangis
peritnya terasa menusuk di dalam
sakitnya terluka sendirian ku pendam
dan aku belajar untuk melepaskan dendam
tiada gunanya membalas tikam-menikam

jika hari ini aku menangis
telahku tahu peritnya tangisan
sulitnya hidup bila di tekan
rumitnya kehidupan untuk di mengertikan
namun, hari ini aku dewasa dengan tangisan

jika hari esok aku menangis
tidak lagi ku buang masa mengingati luka lama
tidak lagi ku rebah walau sendirian berperang dengan duka
kerana kesakitan itu melatihku menjadi sasa
di depan ingin ku bina hidup yang lebih bermakna

hari ini aku menangis bahagia
dan bila di tanya tentang luka dan duka
aku telah lama lupa akan maknanya

*****************

mimpi itu berterusan.
dengan pandangan yang sayu.
berhari-hari. sampai aku buntu.

Apakah? semoga dimana dan bagaimana keadaanya. semoga baik-baik sahaja.

Sejujurnya. rindu itu masih bertamu.
Tapi seharusnya, aku tak mahu lagi pasang angan setinggi langit takut jatuhnya berkecai lagi. Luka yang lama masih belum sembuh- belum kering.
Jadi aku masih takut walaupun rindu terkadang seperti menjerut leher.


note: orang kata kalau kita mimpikan seseorang, itu bermakna orang tu pun ingat dekat kita. Mungkin juga rindu... Entahlah......


Tuesday, July 26, 2016

kita kawan

tahun ni lain sikit... Sebab masing2 dah busy, so we decide bukak puasa buffet. No padang padang dah.
Selamat Hari Raya. Ok always wanna be DIVA... Hahahaa

kita sahabat.
tak ada tempoh hayat.

knowing each other - since 16 years old.
Alhamdulillah we still unite.

setiap tahun.
buka puasa.
gather raya sama-sama.
Ziarah our lovely Cikgu Raihanah, dah jadi benda wajib.

Nothing much, I've just hope and pray this awesome friendship will continuously without end.


Wednesday, July 13, 2016

we will

Friends are like mornings, you can’t have them the whole day, but you can be sure they will be there when you wakeup tomorrow, next week, next year, forever.

Now only me and zima..
But
we will miss u.


Monday, July 11, 2016

me - you

I use to care what people thought about me.

Until one day

I tried to pay my bills with their opinions.


Sunday, July 10, 2016

Alfatihah untukmu.

Honestly aku tak tahu macam mana nak mula entry kali ni. type - padam. type - padam.

aku masih belum boleh mimi.
masih belum boleh.

Berdebar jantung aku, masa aku baca dekat facebook yong suruh call. Gigil lutut aku bila yong menangis dalam phone.

"Eqa........ Mimi....." Dengan esak tangis Yong pagi tu aku tak akan lupa.

Itu khabar duka untuk aku. Aku tak tahu ape yang aku ambik capai Dan masuk dalam beg...Yang aku tahu aku nak cepat sampai kampung and terus pergi dekat hang. Sesak nafas aku mimi bila yong kata harapan hang untuk hidup tipis. Aku call ma, aku menangis semahunya sebab aku takut hilang kau.

Besar harapan aku untuk bisik dekat telinga hang supaya terus kuat. Dalam hati aku dah menjerit supaya angin bisikkan dekat hang untuk kuat. Bangkit. Sebab aku hang orang yang kuat. Hang bukan anak manja.. Semangat hang tinggi...Masih banyak plan kita yang kita nak buat sama-sama lepas raya. Tapi bila Qila text aku tanya dekat mana.. Masa tu aku dekat tol dato harun.. Qila cakap aku tak akan sempat pergi hospital..Qila suruh aku pergi rumah kau terus. Aku tanya kenapa.. Qila tak reply.

Aku tipu mase aku tanya kenapa sebab aku dah tahu hang akan tinggalkan aku. Tapi aku masih positif kan diri aku. Sudden Qila text kata doc akan cabut oxygen and all the supported machine kau bila bila masa ja.

Mimi... Masa tu separuh dari nafas aku hilang. Sepantas boleh aku tekan Minyak. Besar harapan aku nak hang kuat dan terus hidup. Sampai rumah, aku mintak izin untuk pergi kampung kau. Zima dengan Nick pun dah otw.

Dalam hati aku kata...

"Mimi kuatlah...esok nak raya mi....kuatlah mimi.."

Dalam perjalanan air mata aku tak berhenti mengalir. Dan Yong call aku lagi.
Mase tu aku dah dapat agak ape yang Yong nak cakap.

"Eqa....eqa kene kuat... Mimi dah takde..mimi dah tinggal kan kita"

Allahhhhhhu... Hang pergi jugak mimi.
Kau pergi jugak... Aku redha walau perit. Allah lebih sayang kan hang dari aku.

Jenazah hang belum sampai. Aku dengan Huda. Zima dengan Nick. Dari rumah hang kami pergi masjid. Aku jumpe mak hang mimi..pilunye hati aku bila mak hang peluk aku dengan zima.. Mak hang dah macam mak kami mimi.. Runtun hati aku bila mak kau usap belakang aku.

Jenazah hang nak dibawak balik kerumah. Sebab nak kebumi lepas isyak. Aku tunggu hang dekat rumah. Masa jenazah hang sampai aku tak kuat mimi.. Aku tak kuat.. Tapi Aku xmahu ralat untuk Kali yang terakhir. Aku pegang kaki hang.. Aku usap kaki hang. Hang dah kaku mimi..hang dah tinggal kan aku.. Kali terakhir aku tatap wajah hang...aku anggap hang tidur.... Tidur yang panjang... Yang mana aku pun akan menyusul..Allah je yang tahu sayangnya aku dekat hang.

Mimi malam tu takbir raya. Aku tengok, mak, ayah, Yong and semua adik bradik hang semua tabah. Kuatnya depa mimi..

Kau pergi malam raya mimi...

Sabtu ahad kita habiskan masa sama-sama.. Kita buat kuih, kita keluar cari baju raya sama-sama.. Tapi hang tak beli pun..sebab tahu isnin kita semua akan balik kampung masing2.. Jadi kita spend time together..Malam tu hang salam aku dengan zima, hang cakap

"Hangpa balik hati-hati drive, lepas ni tak jumpe dah"

Aku marah hang mi sebab kata macam tu. Hang dengan zima yang nak balik jauh. Tapi hang senyum je. Malam tu jugak masa aku patah balik hantar barang hang yang tertinggal dalam kereta, hang tengok je muka aku mimi... Sampai aku tegor.

"Hang tengok muka aku camtu pasaipa"

Hang senyum...baru aku perasan mi... Hang tak banyak cakap hari tu.. Lepas senyum hang masuk kereta aku..hang  duduk.. Then aku suruh hang keluar sebab hang kata nak pergi puncak alam ambik barang. Aku suruh hang pergi cepat sebab dah malam sangat.

Mi.... Ingat tak masa kita buat kuih kat rumah zima.. Aku cerita imaginasi aku bila kita semua dah ada keluarga. Nanti aku teringat dekat hang and zima..Aku akan nangis dekat sinki, lepas tu anak aku tarik2 baju aku and aku lap airmata. Hang dengan zima gelak sakan sebab hangpa rasa kelakar. And hang keep ask Aku.... "eqa hang nak nangis lagi tak kat sinki".....

Mi...tak payah tunggu time tu, sekarang pun aku dah nangis mimi.

*********************************
mana mula kita? Maybank.

With all previous "kejadian" dalam hidup aku. Aku rapuh Dan lumpuh dalam hidup aku.. Aku menapak dan bangun semula dekat Maybank. Mase tu aku memang takde kawan sebab aku takut, takut nak rapat dengan orang.

Tapi Allah datangkan hang.. petang tu emosi aku drop..mase tu kita cuma kawan "hai-hai"... Hang tengok aku jalan naik atas..hang tanya nak pergi mana. Aku cakap nak pergi atas...jadi hang ajak aku beli roti dekat cafe. Kita duduk dekat koridor.. Luar building.. Dekat roof top.

Aku gayat. Hang ckp jgn tengok bawah tengok atas. Hang mula cerita macam macam..hang ckp hang suka yuna + aizat. Aku suka fynn Jamal. Aku tanya hang suka dak trekking, camping atau jalan2.  Hang kata suka. Aku ckp aku dah takdak geng. Nak dak pi dengan aku. Hang kata mau. Kita shoot pegi chilling - naik Fraser... Aku ajak zima.. Mase tu aku dah rapat dengan zima, jadi aku cuba masukkan hang dengan zima.. Tu la first kita bertiga jadi rapat. Esok pagi masing2 gelak cara tidoq masing2. Dari tu hang dengan zima dah jadi bahu kiri kanan untuk aku.

Dari situ sikit sikit aku kenal hang. Hang lain mi...hang ajar aku benda2 yang lain. Hang tak suka cakap pasal orang. Hang tak suka burukkan orang. Tapi satu hal aku yakin, hang marah kalau ada orang buat aku. Hang muda baya anak buah aku. Tapi sungguh aku tabik pada hang. Hang berdikari. Sangat berdikari. Apa yang hang nak, sedaya mungkin hang usaha sendiri. Aku kagum dengan hang mimi.

Mimi....

Lepas ni, takdak sapa nak sambung kalau aku nyanyi dalam kereta..nak teman aku cuci rambut..nak wasap aku kata teringin makan sardin la, nak makan kfc la, nak makan puja capi la...

Hang Diantara orang yang selalu tepuk Dada aku supaya kuat. Kalau Huda jauh Dan masa tu aku down..hang selalu ada.. Hang selalu kata

"Eqa apa guna aku ada kat sini kalau aku tak boleh jadi kawan yang baik untuk hang"...

Hang kata

"cukup la eqa, sampai bila hang nak tutup hati hang untuk orang yang tak pernah hargai hang..hang tak adil dekat diri hang dengan orang yang nak kawan dengan hang, hang takut dengan masa lepas hang."

Mi...aku jenis ingat apa orang buat Dan kata kat aku mimi... Baik atau buruk, aku simpan.. Tapi dengan hang tak ada pun yang pahit mimi... Hang lain.. Hang jugak bukti yang manusia hidup dengan ijazah jalanan Dan kehidupan. Di saat manusia dunia semakin angkuh dengan duit, pangkat dan harta..hang bukti itu semua cuma pinjaman dunia.

Dulu bila aku cakap, awat hang takmau proceed degree..hang cuma kata, hang malas..tapi jujur aku kata hang tahu banyak benda yang Kadang aku tak tahu.

Maaf  mimi, aku still belum boleh lagi. bagi aku masa. Sebab hang diantara sahabat yang nampak aku dalam aku..yang orang lain tak pernah nampak.


Rehat la Mimi. Rehat.
Allah sayang hang lebih dari Aku.

Hang tak pernah jauh mimi. Hang sentiasa ada dalam hati aku

#Alfatihah!
#akusayangkausangat!


Sunday, June 26, 2016

Sana.

sana.

tu dekat sana.
bahagia disisi Dia.
hembusan terakhir genggaman dalam tangan abah.

Kali ni raya pasti berbeza.
nanti kita jumpa lagi mak.
janji.

#Al-fatihah


Sunday, June 5, 2016

Monday, May 16, 2016

pilihan

Once again. Tulisan2 Kak fynn Jamal tak pernah kecewakan aku. Segala yang ada dalam hati aku terluncur keluar melalui tulisan-nya dia.

Bila orang tanya.

"Kenapa buat macam tu?"
"Kenapa tak fikir betul-betul?"
people keep asking why why and why.

Bila aku jawab sebab aku memang pilih macam tu - they will and never faham.
And finally I'll just shut and keep they to blame.

Dan pertanyaan tu akan bersambung. Menyesal tak?...

If I said - nop I'm not.
People will simply judge me - belagak or tak de perasaan or.... "Ya Allah...tak serik rupanya - takde perasaan betul".

But.. If I said - menyesal.
Itu  aku menipu diri sendiri. Kalau nak menyesal terlalu banyak perkara yang harus dikesalkan. Tapi all the things dah berlaku. And for me why should... Just keep walk and proceed your life. And take all the past as lessons and responsible for your future.

Supaya tak diulang bukan kesilapan tapi tindakan. Aku tak suka mengatakan semua yang terjadi pada masa lepas satu kesilapan. Sebab bohong kalau aku kata aku tak bahagia atau gembira. Cuma mungkin itu cuma untuk waktu yang singkat dan kperluan nya hanya untuk waktu itu.

So this type of people - I'm avoid them.
Simple kan.

Ok back - Kak fynn wrote something yang sangat terkesan untuk aku.

*****************************************

segalanya adalah pilihan.
.
bukak mata kena pilih.
nak bangkit atau nak terus tidur.
.
dah bangkit kena pilih.
nak mandi dulu atau nak gosok gigi.
.
dah mandi kena pilih.
nak baju hijau atau baju biru.
.
dah pakai baju kena pilih.
nak kasut hitam atau loafers kelabu.
.
dah pakai kasut kena pilih.
lagi dan lagi.
.
SETIAP MASA kena pilih. sampai nak tidur pun kena pilih: nak tidur sekarang ke nanti2. nak fikir tentang kerja atau tentang kekasih hati. nak renung pasal esok atau kemungkinan tak bangkit lagi.
.
dan sudahlah memilih itu mengambil terlalu banyak masa dan tenaga memikirkannya-- kena pertimbangkan bahana pilihan itu pada orang kiri kanan kita pula.
.
kena fikir anak, mak bapak, kawan2, seteru, persekitaran. kena fikir tuhan.
.
tak ada pilihan yang paling betul. bagaimana kita menghadapi pilihan ITU yang dikira.
.
ada motor rosak tepi jalan. kita berseorangan. dalam kereta ada duit syarikat yg baru dikeluarkan. yang betul adalah bantu. tapi adakah ia betul yang paling betul?
.
everything is a choice.
everything--
kecuali mati.
.
kau boleh cuba mati sebelum masa-- telan pil, kelar tangan, tembak kepala. tetap hidup selagi الله tak setuju dengannya.
.
hidup ini penuh dengan pilihan.
.
ada orang pilih kahwin. boleh jadi betul. ada orang pilih cerai. boleh jadi betul. ada orang pilih membujang. boleh jadi betul. sebab ada sahaja yang kahwin / cerai / membujang tapi tetap tak jadi betul.
.
biol, kan? hahaha.
.
nobody says choosing is easy. setiap pilihan akan PASTI menyinggung sekurang2nya seorang.
.
making sure no one is hurt while letting you YOURSELF hurt is stupid. letting others get hurt so you save YOURSELF is selfish.
dua2 takkan betul.
.
itu pun pilihan. hahaahah. haram betei.
.
choose anyways. and take responsibility. sebab الله hukum kita dari pilihan yang kita ambil dalam waras. kesengajaan kita. kalau "terr" mana pernah الله marah kita.
.
kan?
.
pilih je. kalau rasa pilihan ini betul-- sedangkan satu dunia tak nampak betulnya-- pilih je. akhirat nanti kita yang menjawab untuk diri kita. bukan sesiapa.
.
pilih.
dan kalau dah tak tau yg mana-- sebaik2 pilihan adalah yang disandarkan pada apa yang terbaik di mata الله.
.
kan الله ma'a na?




Note: macam hari ni orang tanya. Kenapa pakai semua hitam. And I was like....
dah memang aku pilih untuk pakai semua hitam.. Jadi?



Off.


Saturday, May 7, 2016

perempuan ini

dulu masa tidur aku selalu terkejut dngan mimpi buruk.
dulu masa jaga aku selalu longlai dngan fitnah dan caci.
dulu masa tak ada satu pun orang mahu berdiri sebelah.
perempuan ni tetap ada

perempuan ni yang akan call tiap malam untuk tanya.

"kau dah makan"
"kau ada duit tak"
"jangan menangis dah"
"kau dekat mana ni"
"kau okay tak"
"biar orang tak percaya kau, aku ada"

perempuan ni yang akan secara tiba tiba call aku - seolah tahu aku sedang sedih.
walaupun aku tak beritahu - yang akan call aku untuk bacakan kata - kata semangat. Kadang nyanyikan aku lagu. lagu untuk tenang kan aku.

Ada ketika bila aku menangis yang terlalu. Perempuan ni akan menangis dan cakap.

"Dah...jangan menangis macam ni, aku tak tahan dengar kau menangis macam ni"

***************

Tak.
tulisan Kali ni bukan untuk meratap cerita yang lepas.aku tak pernah menyesal dengan apa yang jadi.
Sebab apa yang berlaku pada masa lepas yang menjadikan siapa aku hari ni.

Ramai orang ada kawan - tapi aku sangat yakin tak ramai punya kawan macam yang aku ada.

Kita pernah janji satu masa bila sampai saat, kita akan duduk sama-sama nikmati
suasana yang damai. Dan masa tu kita tahu derita yang dilalui. Dah berlalu.

sparkling honor and infinity bless.
No doubt.
Almighty. NB
yang berikan aku semua nikmat ni.

Thank you Allah.


Perempuan ni. Perempuan ni lah.


Wednesday, May 4, 2016

aku dan laut

tell your life story to the ocean - and they will keep it.

the silence of the sea, always found me.

Always..


retreat

I'm just wanna lay like this..

#calm


Sunday, April 17, 2016

manusia sceptic

I don't bother with sceptical people such... result berape? masuk U mane? Ambik course ape? kerja apa? gaji berapa? Kahwin bila? anak berapa?

Well trust me, depa cuma badut who just coloring our life. I do believe berapa bagus pun result kau, berapa hebat pun pekerjaan kau, berapa megah pun kehidupan kau tapi kalau adab kau dengan manusia kelaut. Kau tetap satu.

Manusia BIADAP.

Beb, kau keluar hadap manusia sejagat orang tak heran der kau exam straight A's ke, kau tiap tiap tahun naik pentas ke? Ni Zaman manusia kejam beb. Lagi satu kalau Tuhan dah Kate kau belajar sampai PMR je tapi rezeki kau ade business juta juta. Tetap ada.

aku pernah dengar suara sumbang

"belajar betul-betul, kalau tak nanti nak jadi penjual kereta"

"Ko keje ape, angkat angkat telepon, call call orang, belajar tinggi-tinggi tapi keje macam tu"

Allahhh.... Tajam menusuk jantung.

punyalah busuk 2 jenis kerja ni dekat mata masyarakat. Mai nak habaq cheq..
semua sama. yang penting usaha!!

La ni tiap2 bulan aku dok print slip gaji org jual kereta- Toksah dok kata depa tak dak duit, hat mana yang memang usaha ikhlas cari rezeki... tudia nak habaq gaji depa tak buntang mata hang.... 5angka cheq.

Tapi kalau dapat customer kalut hat xguna dok tarah nak discount sampai kena sacrifice poket salesman... Hat tu tak boleh nak kata apa la. Aku sendiri meluat orang mcm ni.

Dulu masa join sales maybank pun sama. Hangpa gaji sebulan sekali, kami ehhh depa (hahaha) sebulan 2 Kali. Dok gheyau apa??

Eleh, aku tekan ja nama ka ic angpa...
tu dia hutang berjela jugak..

Tak dak beza aih. La ni angpa dok cewi gigih dok hina orang punya punca rezeki. Bila budak result tak gempak, angpa pandang lekeh bajet depa takdak masa depan ka?

La ni, aku faham... sceptical and narrow minded mak bapak la ni bit punca budak2 manja...Bajet naik U, belajaq hempas pulas katanya. Keluar kene kerja bagus, kalau tak angpa malu anak kerja gutu.

Tu yang mai mai mintak kerja. Ada position depa kata x mau pasai depa ada master. Nahhhh, bila pi kat company yg mintak pengalaman, bising kata orang takmau ambik depa kerja mana nak cari pengalaman. Bila bagi tak mau pasai tak level certificate. Dah tu camna?

Tau dak, kalau kata gaji cleaner, kerja dari pukul 7 sampai 3 ja tapi bagi 6K.. Sumpah aku mau.

Piiiirahhh... Meluat gak Kadang dengan bangsa acah acah kaya. Pasai kalau orang memang waris kaya depa tak cewi gutu..


Puiiii.


#enoughsaid.


Wednesday, April 13, 2016

kamu

salah seorang.

diantara riba yang aku sembamkan muka dulu.
diantara tangan yang usap lembut belakang aku dulu.
diantara depang yang peluk tubuh aku dulu.
diantara manusia yang berdiri sebelah lihat setiap susun atur cerita aku tanpa menilai.

Dulu.

Masa aku jatuh berkecai
Masa aku terhempas pecah
Masa aku dipijak dikaki
Masa aku difitnah dicaci
Masa aku dikuburkan sebelum mati.

Tengok. Kita dah sampai dekat sini sekarang. Thank you for all the things. I've just miss the rest of u guys.... I've just miss the moment we hug together and cry... feel the pain.

*****************************
"Orang tahu afiq boleh"
"Orang tahu afiq kuat"

And with sooo many positive words given. Good luck qis... Sikit je lagi qis dah nak setel.. Thank you for all the thing. Yess! For sure afiq nak pergi convo qis nak duduk dalam Dewan hahahahah!

Qis.... Nak sambung PHD tunggu afiq tau. Kita jalan sama-sama.

#penoff.


Monday, March 21, 2016

aku baca



Aku ada baca.
Katanya :

"saya perempuan tak perlu simpanan"

Saya gegadis tak perlukan simpanan. Nanti suami akan sediakan semua termasuk rumah idaman.

Zaman itu telah berlalu dik. Zaman ini gegadis bestari lebih menjadi pilihan hati lelaki. Apatah lagi yang telah berdikari dan beli rumah sendiri. Ini Zaman semua ada GST. Dah tak ada yang free.

Jadilah gegadis yang bijak membina harta. Bukan untuk bakal suami tapi persiapan untuk waktu duka yang kita sendiri tidak tahu sampai bila suami memuja kita.

Jika apa-apa berlaku. Kita sudah ada harta. Zaman bergantung pada suami telah berlalu dan hidup ini harus bersedia dan bukan menunggu saja.

********************************

aku tak mahu jadi gegadis itu.
aku mahu bila hati pecah seribu dek ditinggal. tapi aku masih mampu menghayun buaian.

#senyum.

kerana aku akan sentiasa ingat.
sebelum miliki - api-angin-badai waima taufan bukan halangan. Walaupun seribu Kali aku minta undur diri. Tapi kaki diikat untuk juang ke puncak sana.

Aku tak akan lupa.

kerana aku akan sentiasa ingat.
bila tiba kau hanya sehelai kain buruk.
maka dikaki lah tempat kau.

kerana aku akan sentiasa ingat kata keramat yang mengakhir lafaz.

Kata mak, bahu aku kuat. Bukan semua terpilih untuk pikul lantunan lafaz. Ada wanita gugur rapuh hidupnya. Ada wanita mati jiwanya sehingga habis usia.

Kata mak, jiwa aku keras. Bukan semua terpilih untuk rangkul takdir begini. Allah peluk aku dengan ujian.

#senyum.

Kesakitan dalam takdir hidup.
Memungkin-kan untuk dua keadaan.

Satu : kau mati dipertengahan.
Dua : kau terus berjalan untuk hidup.

Aku pilih yang kedua. Aku selalu membayangkan aku adalah askar yang terluka di medan perang tapi masih mahu berjalan dengan luka untuk terus hidup.

Sakitnya bukan sebulan dua- bukan setahun dua. Mungkin sepanjang hayat. Orang tak akan pernah tahu betapa usaha kau hitung untuk pulih. Maka berbaloikah untuk kau pilih mati dipertengahan?

aku bukan jenis perempuan yang akan masuk dalam hidup seseorang kalau tidak dijemput. But I know, that semuanya sementara, there's have nothing will last.

Dan aku tak mahu menjadi perempuan yang mati bila ditinggal. Untuk kesekian kali kalau itu terjadi. Aku mahu hanya tersenyum dengan lapang hati. Dan aku tak mahu menangis lagi.
**********************

#penoff


Wednesday, March 9, 2016

mimpi apa

Entah aku mimpi apa.
Bangun pagi debak rasa.
Satu hari jadi tak tentu arah.
Tangan sejuk umpama mayat kaku.
Hati gelisah jari jari seperti kebas.

Aku tahu.
Aku rindu.

Bodoh sangat.
Rasa nak marah.
tapi pada siapa? pada apa?

Lalu aku marah pada mimpi.

Kenape mimpi?

Bawalah nyawa yang lain.
Bawalah susuk tubuh yang lain.
Bawalah senyum yang lain.

Tak indah tahu.
Tak indah bila aku yang diserbu pada rasa yang hanya aku.

Tak indah tahu.
Tak indah bilamana ingat pada nyawa yang dah jauh melupakan aku.

Duhai mimpi - aku merayu bawalah cerita lain. Jangan dibawa belon aku yang masih terbang. Biar dia terbang bebas tanpa aku tahu.

Dan kerana belon-nya dia sudah lama pecah. Sudah lama mati untuk aku.

Jadi jangan bikin aku malu. Mohon jangan mimpi lagi.


Yellow in me..

I'm just wondering
How I'm gonna look with yellow.

Well.

Not bad. Hahahaha!

Orhhh gosh, fatigue.
Just love to some activity now.
Recently just jalan and cuci mata and photo taken.

Ohhhh, I'll just miss
Hijau-hutan.

Well - mula rasa rindu dengan chilling.
Then shoot to my fav relaxing spot!

FRASER HILL!

I miss you Fraser, will cari mase to see u soon!


Laugh and life

Bukan semuanya sempurna
Tapi

In sha Allah
Semuanya akan bahagia.

Kau, aku .. Kita.


To :  Allah.

Terima kasih yang tak terhingga. Juga untuk kewujudan mereka yang sentiasa hadir bagai pelangi.


Wednesday, February 24, 2016

Mimpi percuma.

Kalau ditanya apa yang aku mahu.

Aku mahu hidup yang nyaman.
Seperti baring di rumput dengan mata terpejam.

Sambil mendengar deru air dan desir daun.

Tapi itu cuma dalam mimpi.

Maka akhir-nya aku pilih untuk beradu.
Kerana didalam tidur itu, ada impian indah percuma.


Happiness

I love this words:

"Don't feel bad for making a decision about your own life that upset other people. You are not responsible for their happiness. You are responsible for your own happiness. Anyone who wants you to love in misery for their happiness should not to be in your life to begin with"


Wednesday, February 10, 2016

hari emosi aku

"The more chances you give someone.
The less respect they'll start to have for you. They'll begin to ignore the standards that you've set because they'll know another chance will always be give.
They're not afraid to lose you because they know that no matter what, you won't walk away. They get comfortable depending on your forgiveness.
Never let a person get comfortable disrespecting you"

*************

Lately - perasaan aku bukan ditahap yang sempurna.
Mungkin kerap ditujah soalan yang sama.
Lagi-lagi bila pergi kenduri - Sampaikan, kenduri yang kelmarin sudah, sebolehnya aku tak nak pergi. Gelisah aku bukan main. Takut nak jumpa sepupu sepapat. sungguh aku takut ditekan soalan yang sama.

Aku dah malas nak menjawab dengan frasa belum sampai jodoh - sebab soalan akan bersambung. Belum lagi yang nak tolong recommend sana sini. Sungguh aku jadi tersinggung - rimas.

Sedangkan hakikat - aku tak pernah terbuka rasa untuk mula semula. Apatah lagi mencari.

It's not about I don't want to try it - again - anymore. I'm just don't want to feel the pain and hurt for the same - again - anymore.

Aku tahu dimana tahap aku kalau aku serah hati aku. Aku tahu kaki aku akan melekat bila aku mula serah hati dan rasa sayang. Aku bagi semua - sampai tak ada lagi baki untuk aku.  Yang mana - pada akhirnya - hati aku akan dikembalikan dalam keadaan yang hancur.

Ohhh tak - bukan dikembalikan. Tapi akulah yang akan kutip hati sendiri yang berderai. Dan aku lah yang akan rawat dan cantum sendiri. Dua Kali hati dipijak untuk hal sama yang sama. Mana mungkin aku berani untuk sekian kali yang lain.

#senyum sendiri.

Jujur aku kata - Kali ni aku kalah.
Mungkin aku dah terlalu penat mengelak untuk pertanyaan yang sama. Kadang bila rasa tercabar. Rasa mahu terus bagi kata setuju pada yang mahu. Agar yang bertanya akan tutup mulut. Tapi bila rasional. Aku tak mahu tipu diri sendiri. Sebab yang akan hidup bersama adalah aku. Bukan mereka yang jadi wartawan tak bergaji.

Dan satu soalan yang aku tanya pada diri sendiri. Apa jaminan si dia yang mahu aku itu - akan sayang dan jaga aku spt mana yang aku lakukan untuk diri aku.
Jadi bila persoalan itu aku gantung dalam hati dan jiwa aku - aku mula sangsi. Dan penolakan adalah yang terbaik aku kira. Tak berani. Sungguh Aku takut.

Bukan aku tak pernah dijanji bulan dan bintang. Lebih dari itu. Maka lautan api aku sanggup redah sama. Aku kira akan bahagia sampai akhir nyawa. Rupanya sekali lagi hati berkecai.

#senyumlagi.

Aku selalu cabar diri sendiri. Pejam mata dan monolog sama hati. Bayangkan saat indah dulu sampai keakhirnya. Aku pegang pipi. Menangis lagi tak?

Ye masih. Sayang lagi tak? Lalu aku senyum sendiri. Mana mungkin tidak. Tapi untuk kembali ke hal yang sama. Itu bukan aku. Jadi aku simpulkan - hati Aku masih lagi dalam proses penyembuhan.

So now, aku mahu. Actually aku harus fokus untuk hidup aku. Because I'm lovely believe the right person will eventually find his way to me. Aaaammiin.

*********************

Kata-kata abah yang aku tak akan pernah lupa.

"Kena belajar betul, kerja jangan tak kerja. Kena ada duit sendiri, mana tahu dah kawin nanti suami kamu akan tinggal kan kamu, kalau abah hidup lagi tak apa, balik dekat abah. Kalau abah tak ada benda tu yang tolong kamu"

Abah....... You will always be my hero. Dunia dan akhirat. Always.

Hidup kene kuat lagi lagi nak tadah air liur orang yang bercakap Dan bertanya Tentang kita.

Tak apa. Terus senyum sebab aku tahu Aku lebih dari kuat.


#penoff.




Thursday, January 28, 2016

mahu aku

Aku ingin belajar
Tentang manusia

Tindak tanduknya
Sifat-sifatnya
Perasannya

Dan aku mahu kenal
Siapa alim
Siapa zalim
Siapa yang lebih syaitan daripada syaitan
Siapa yang lebih malaikat daripada malaikat.

Aku mahu..   


#AmirAminHalim


Tuesday, January 26, 2016

terapung

levitasi.

Keterapungan. yakni merujuk perasaan yang tergantung dalam separa sedar.

kerana hakikatnya di situlah kita.
di antara. antara hidup dan mati. antara dunia dan akhirat. antara bayangan dan realiti.

kita semua masih belum sampai-- selagi nyawa belum tercerai. #FynnJamal

**********************
entahlah tentang manusia...
mungkin pada riuh - datang kekebalan...
mungkin pada bising-muncul kekuatan...
maka riuhlah, maka bisinglah
aku tak hairan

angin kencang aku tak takut
dengar aku jerit pada langit, gunung, rimba dan laut.

aku berani...aku berani...


Lovely folks.

cuti.

Coz, next week time raya cina, aku akan cuti agak panjang sikit. So this week I've plan for something else.

Kebetulan, hubby of my dear friend ask me to plan something for his wife. Coz sejak depa kahwin, my friend tak pernah hangout alone dah. So he gave permission to get along together lorhh.
girls out door lah tu.. Hahahah!

#cayalah paklah.

Fikir punye fikir - I'm blur, mana nak pergi. Coz, afraid that she might be tak berminat dengan my gateway style. Ask her hubby. And he said proceed with what ever I want.

Plus aku macam nak clear mind. Why?

************sebab ni********

My superior dah got approval of her resignation. Frankly it's really tough for me..

newbie. Yes its me! Only 7months there.
I really hope akan ada experienced person akan datang and lead. Frankly speak, with those attitude staffs, I can't handle it.

#nangissenyapsenyap.

Sumpah takut. Takut kena handle sorang sebelum pengganti Kak Melissa datang. Now dah datang, but she's seem newbie too. Cuma dia dah ada experience in this line. But still management wants to look first. Tengah makan dekat pantry. Our big boss come and ask me to learn everything before Kak Melissa left. When he said he's trying to promote me and want me think about it.

The first run in my mind is I'm DIE!

************************

So... I'll decide - yes of course! BACK TO NATURE!

And now its camping time. But I've choose for a glamping. Buat research sikit, then I'm found it.. Actually this place owned by Datuk Tuan Hashim and his wife Tengku Zanariah. Deal everything and heyyyy let's go.

" WHEN YOU FACE INTO A QUESTION IN LIFE, NATURE ALWAYS WASH IT WITH ANSWER - NATURE WILL NEVER LIE AND BETRAY YOU"

Swear awesome. Ko tak boleh expectla tempat tu macam hotel 5star! But blessed. Ya Allah berat hati nak balik. And there dapat kenal dengan bibik - kerja dengan datuk dah 15tahun. Cume tak sempat nak jumpe datuk and his wife sebab on the day kiteorang sampai they already back to KL. Lambat beberapa minit je. Mungkin terselisih kot.

Bibik someone yang so lovely and kind. Peramah. Dari bercamping-boleh ikut tengok kebun bibik, balik rumah bibik. The best part bibik bawak masuk the focus spot Kat situ. Boat house! Hahahah siap ambik gambar lagi.

Ok now I know kat mana nak honeymoon nanti. Eh eh eh... Nak kawin ke? Hahahahah! Krik krik krik

Dengar story macam mana datuk nak buat tempat tu - dugaan dugaan yang datang. But he made it. Betul la orang kata kita kena mula dari bawah- jatuh berkali2 Kali tak apa. Bangunlah lagi. Kalau jatuh 10 Kali kita bangun lah 11 Kali.

Time check out tu boleh lagi menyembang tak sedar dah lambat sejam nak balik hahahaha! Then Datin call, she so nice and humble. Rugi pulak rase tak datang awal- coz she said that they wait for us. Tula banyak sangat menyinggah-nya. Everythings seem so lovely, and ya In Sha Allah will repeat it again.

Tarik nafas dalam-dalam. Sedih sikit masa nak balik-the green always lock my heart and step.

Ok stop!
Esok nak keje.

Orhh bout the answer.

#smileeee.

I think I need to hold it first, I need to learn more and more.. I wanna be leader that full and solid. Let's learn first.

Orang kata cepat naik cepat jatuhnya. Kak Melissa pun ambik masa 4-5 tahun untuk sampai tempat sekarang. There's no regret at all, coz I believe that rezeki tu Allah dah tetapkan.

#keepsmile

#textoff!


Monday, January 11, 2016

Sunday date

Sigadis Maybank
SRK #jambangitu
BruceWillis #nangis.

Another sunday.
Ber-dilwale lagi.
Hahahah! Aku kalau suka cerita tu.
Tengok 180 kali pun takpe.
Kali ni dengan sayang-sayang
sigadis maybank.

SRK. Oh emm gee!
His beard. Haishhhh! That's why I'll prefer guy berusia ni.
Kah kah kah kah.
#matilanak.


Tapi kalau la die botak ala ala Bruce Willis tu. It's should be more...Wallaaa! Kah kah kah kah.

My friend ask me. Kenapa aku suka lelaki botak erh.

Hurmmm let it be my secretlah.
But mostly lelaki yang rapat dengan aku, kebetulannya aku akan suruh botak even sekali hahaha! 
Alasan aku-kalau sayang aku silalah botakkan kepala. 

Kihkihkih.
Ok lah nak ber-gerua jap.

Nitto.


Saturday, January 9, 2016

Allah mesti kasi.



Buat keje dekat office. Wassap masuk. Dapat photo yang buat hati Aku runtun.

Sedih - tapi happy.
Gambar yang buat aku rasa lapang selapangnya. In sha Allah.

Rindu.
Suasana yang hilang.
Ye Allah uji kami sekeluarga.

Aku tahu, Aku yakin itu doa abah.
Segala berubah lepas abah sakit.
Tapi aku tahu abah tak pernah berhenti berdoa.

Tak tahu dimana silap.
Tapi itu cerita lepas.
Dan Aku tak mahu fikir dan kenangkan lagi.

Mak. Isteri pertama abah. Ye aku panggil beliau mak.

Mak. Isteri kedua abah. Itu mak kandung Aku. Untuk bezakan, aku pangil beliau ma.

Dua-dua berjasa dengan aku. Dulu ma kerja tolong abah dekat restoran. Sebab abah mengajar siang, petang baru free. Jadi ma bantu dari pagi. Lepas restoran tutup, ma kerja dekat kilang baju. Aku ingat ma kayuh basikal pergi kerja. Jadi sebab tu abah suruh aku duduk Rumah mak. Sebab sekolah agama tak payah lintas jalan raya utama. Masa tu kami tak ada kereta lagi. Aku pergi sekolah naik motor Honda 50sen. Kalau tak pakai sweater, habis baju percik minyak. Pergi sekolah agama. Aku jalan kaki, tapi tak jauh pun. Aku naik darjah 5 baru abah beli kereta. Baru merasa. #hahahaha.

Mak yang didik aku, ajar aku solat, ajar aku mengaji dari muqaddam sampai Alquran. Rotan buluh dekat tangan. Kene libas, dah kebas hahahaha. Kadang2 sebelum ngaji aku sorok rotan tu dulu. Menangis tersedu2 aku bila kene marah sebab tak lancar. Punye takut aku curi curi baca dulu sebelum solat maghrib, bagi lancar. sebab mak selalu ajar ngaji lepas solat maghrib. Hari sabtu ahad baru Aku balik rumah ma. Itu pun kalau ma ada. Sebab ma ambik tempahan katering juga.

Tak tahu fikir mana silap. Mana punca. Aku anggap itu semua ujian untuk kami sekeluarga. Masuk tahun baru, macam Aku cakap tak ada apa yang aku nak selain segalanya berjalan lancar. In sha Allah, segalanya dah naik kelangit dengan doa.

Bila balik rumah mak, kadang2 mak tanya tentang ma. Aku terfikir sendiri, mak teringat ma ke. Then bile Aku cerita dekat ma, yang mak nak operate. Ma sedih. Kakak Kate ada satu hari lepas abah pergi hospital, balik abah cerita dekat ma keadaan mak. Kakak kate ma nangis. Terus solat dan mengaji.

Tak ada apa yang aku nak lagi. Punya cepat Allah makbulkan keinginan aku.

*******************

Mak perempuan hebat.
Sanggup berkongsi kasih suami dengan wanita lain. Sanggup menjaga anak dari isteri lain untuk suaminya, iaitu aku.

Ma perempuan kuat.
Berbakul sumpah seranah, kata maki Dan caci yang tak pernah putus sehingga tua. Tapi masih kuat dan terus kuat. Ma selalu cakap jangan hidup dengan puji orang, jangan mati dengan keji orang. Allah tak pernah tidur. Allah jaga kita.

Aku terpaling muda. Lahir sepuluh tahun kemudian. Abah selalu cakap aku penghubung. Aku kene kuat. Dulu aku tak pernah faham. Mungkin.......

Mungkin sekarang aku faham sedikit.

Andai aku adalah penghubung untuk sesuatu silaturahim.
Andai aku adalah penghubung untuk sesuatu hubungan.
Yang baru bermula atau yang retak menanti belah
Walaupun terpaksa bergolok bergadai atas rasa dan bahagia sendiri.

Maka aku rela. Wallahi.

**************
Ini keluarga aku. Keluarga poligami.
Memang ada pasang surut. Memang ada ribut dan tak selalunye tenang.
Kadang berombak Kadang bah.
Tapi tetap ada damai.

Ini keluarga aku. Keluarga poligami
Yang bikin aku sentiasa tahu
Setiap dari kami bukan hak hakiki yang mutlak. Kami kepunyaan Allah. Yang bila bila masa boleh diambil atau ditarik dalam banyak cara dan keadaan.

Ya Allah kekalkan rasa lapang ini dalam hati setiapnya kami.
Kekalkan kami sekeluarga. Perbaiki kami sekeluarga.

Ini keluarga poligami aku.
Jangan hina, jangan caci, jangan maki.
Jangan Usik.
Sebab aku akan usik - cari sampai kau mati. Walaupun mati hati.

Mak..... Ma.....
There's no other words...
Allah jaga Mak, Allah jaga Ma...
Eternity love that will never been replaced.

Kite tahu abah yang paling bahagia sebab doa abah sudah terjawab.

#Allahuakbar.
#AllahblessuncleK'sfamily.


Thursday, January 7, 2016

Move.

First day masuk office untuk tahun 2016.
Bukak email, Tu diaaa.
Belum lagi atas meja tiba-tiba ada fail. Rasanya sebelum cuti hari tu dah clear.

Then dapat wasap. It was from mimi.
HQ need staff. She ask nak keje sana semula tak.

I'm bit fragile actually work dekat branch tapi honestly there's got some benefit jugak. stressed. Of course, triple stress tapi bila fikir cost. Nak move dekat sana? Duduk semula KL? Ohhh NO! Aku memang dah makruhkan kaki untuk tinggal dekat KL.

#takeadeepbreath.

Plus, kalau berulang, kena fikir petrol, toll belum masuk benda-benda lain. So I'll decide to stay here. To stick with what I'm done now.

Tak pelah xde bilik sendiri pun.
Now a days, kalau kata kerja Menteri gaji 10K tapi gaji tukang sapu 13K. So Aku akan pilih tukang sapu.

Hurmmm, hari ni bit tensi. But thankful, I'll manage it.

Orhhh my please cepat la hujung bulan, I can't wait for next holi holi dayyysss!


Notakaki: I still can't move from my short xtvt. I love my life!


Wednesday, January 6, 2016

Jauh.

2.17 AM.
Mata tak boleh lelap.
Haishhhh!
Esok dah start kerja pikah oii.

Tidorlah!

******** still hearing this song.

By: Azizi.

Jauh sudah aku melangkah kaki
menuju jalan ujian dari Mu
melepaskan semua yang ada
yang diberikan padaku

Kau berikan aku sakit tak menentu
tiada yang tahu
tiada yang mengerti
apa yang ku rasa hanyalah sekasih cinta Kau padaku

Ya Allah
lindungilah hidupku
aku tidak mahu untuk hanyut sekali lagi
jauhi aku dari kesesatan
saat aku habiskan masa-masa dunia Mu


#ulang2

Please mata-ngantuklah cepat.
Please.


Monday, January 4, 2016

Rewards time!

Retreat

New year?

Nothing else that I want.
Aku tak letak apa-apa sasaran.
Yang aku mahu segala - nya yang aku mula bina semula berjalan lancar. Aamiin.

Sebab aku andaikan - hidup aku umpama kaca yang sudah pecah. Jadi aku kutip satu satu. Cantum semula. Mungkin tak akan sama tapi aku mahu bina unik yang baru.

Kaca yang pecah kita cantum - jadi arca yang indah.

#senyum

Selesaikan satu-satu.
Positif. Fikir yang baik-baik. Buat yang baik-baik. Dan aku mahu lebih bercinta dengan hijaunya hutan. Birunya laut.

Sebab aku jumpa aku disitu.

Bahagia? Bohong kalau aku cakap tak pernah down.

Tapi Aku memang sejenis yang memaksa diri untuk bahagia. Sebab Aku terlalu yakin bahagia tu sejenis rasa yang perlu dicari. Dan bahagia datang dalam bentuk dan alasan yang berbeza.


#senyum lagi.

Ini sejenis reward. Untuk diri aku sebab,
Malam 31st aku berkuak lentang dalam office sampai pukul 12.15 malam. Bayangkan dari 8.30 pagi till 12.15 malam.

Friday, January 1, 2016

Pillow talk.

pillow talk.
there's a must thing to do for me before i'm smoothly park in lala land.....hahahhaa.

so now, wanna talking about L.O.Y.A.L akak S.E.T.I.A

okay actually this entry, just to capture all the buzzing inside my mind.
so this is my opinion. And I'm just think about it after one of my friend ask me like this.

ohhh - kawan aku ni fyi - lelaki so its seems awkward bila dia tanya soalan macam gitu. hahaha!

"Eqa, 6tahun aku jaga relation ni, aku jaga. aku nak end up sampai kahwin dengan dia. Tapi kenapa dia tinggalkan aku. Aku setia dengan dia, aku terima semua buruk baik dia, aku sayang dia. Tapi kenapa dia buat aku macam ni"


hmmmmmmmmmmmmmm, so im a good listerner kahkahkah! taklah gurau je.


#garu kening sat.Tapi sampai sekarang sebenarnye aku tak reply. sebab aku sendiri pun tak tahu nak jawab ape. And yes, if aku reply pun nothing. Sebab on that situation berbakul la orang bagi positif or kata hikmat dari 7 gunung pun, tak jadi ape. This kind of person, hati dia lebih mahu terima kata-kata pojok yang tipu daripada hakikat. 


ok - now, turn back to the main. setia. well - words yang sesuai kalau orang tanya kita bout setia. Maybe just asking her/him back. like:


WHAT YOU EXPECT? betul bro. Setia. ape yang kau expect? nothing. Setia ni kalau dalam bentuk barang, its something yang fragile. Kau je yang tahu diri kau macam mana. Dulu, aku selalu rasa setia ni something you need to be with without change. faham tak... 


tapi lama-lama aku rasa aku faham yang setia ni something yang unconditional. unexpected.wide and huge and ape lagi. senang cite die kompleks la dan kau tak akan nampak-tahu -jumpa.  


okay, mungkin orang akan cakap aku gila-complicated. sebab benda tu simple. SETIA. is SETIA la. kalau kau dengan orang tu, kau tak akan cari yang lain. Kalau kau cari yang lain makna nya kau CURANG.


Ye betul. dan sebab itulah most of us tak boleh angkat kaki and move on bila sesuatu jadi dalam relation. and keep asking why and why then start to blame self like "aku ke yang salah" atau keep salahkan orang lain. Dulu aku macam tu. hahahah! masa zaman-zaman baru nak masuk 20-an. Sampai satu tahap aku berhenti tanya kenapa macam tu, kenapa macam ni and I'll keep walk by myself. Then you can count one by one the answer after that. 


ok back again to the topic. 


bagi aku macam ni. 


SATU:

Ada orang stick dengan relation dia sebab value. dan relation ni besar gak. bukan just love pakwe makwe, laki bini je. friendship pun. sometime kau banyak kali kecik hati dengan kawan kau. Tapi kau stick dengan die even hati kau macam lunyai la. sebab ape? sebab kau kawan dengan dia dari kecik. main pondok-pondok. main kejar-kejar. kau membesar dengan dia. seee. its about value, dan its not totally because of setia. coz kau still ada kawan-kawan lain yang lebih rapat dengan kau. 


DUA:

Kau still dengan partner kau,sedangkan hati kau tak ada untuk dia. sebab mungkin partner kau pilihan keluarga kau. So kau memikirkan perasaan keluarga dan kau nampak partner kau pun orang baik-baik jadi kau pilih untuk kekal. sedangkan kau tahu kau boleh pilih orang lain. and yes Its not about kau seorang yang setia. 


TIGA:

Ada orang tetap terus hidup bersama kerana anak-anak. kau memikirkan perasaan dan pembesaran anak-anak. Jadi kau teruskan hidup dengan pasangan kau demi untuk anak-anak. Sedangkan hati kau sudah pun terpecah dua untuk orang lain. Jadi kau menipu dan nafikan perasaan tu semata untuk anak-anak. Once again its not about setia. 

EMPAT:

Ada juga kelompok yang teruskan sesuatu relation tu atas dasar tanggungjawab. kau still pertahankan hubungan tu sebab itu amanah dan tanggungjawab yang kau dah pikul.So you know you start it then you need to complete it. Contoh ringkas, kau dah buat assignment tu dari awal, tapi last minute kau pass kat orang lain suruh siapkan. kau rase??? 

LIMA:

kau still care and need that relation sebab kesian. Ni rare. ahhahahah. pada aku kalau ni aku tak minatla. yang ni simple je. kau kesian that's it. 

ENAM:

Paling mudah. Takut. yang ni malas nak elaborate. faham sendiri la. 

so 6 benda kat atas tu just apart of je.. walhal banyak lagi benda lain kenapa sesuatu relation tu stand of or fall down. Actually no need to cakap pasal setia la..just keep it to yourself. kau je yang tahu kau setia ke tak.  

Tak semestinya bila relation tu hancur sebab tak setia. anda tak semestinya relation tu bertahan sebab setia.  

 Dan 

Tak semestinya orang yang tak setia tu tak sayang dan tak semestinya orang yang setia tu sebab sayang.


Benda ni simple je. tak payah fikir - once you fall - once you down - once you feel hurt. 


Bangun lah balik. Teruskan berjalan. 


Itu yang aku buat. Jatuh? Bangun jela balik. and I'm always tell my self that siapa yang datang dalam hidup aku semuanya sayang kan aku. cuma berapa lama dia akan kekal itu bukan kerja aku. so tak perlu nak pertikai tentang setia. 

okay chow.