Followers

Sunday, December 6, 2015

Kopi pasta

apabila rakyat biasa berkata,
habis gundah yg bermaharajalela, dicantas terus membuang bisa.

Inikah keamanan bagimu sang penguasa?

Keamanan dimana asal engkau terus berkuasa dan rakyat terus sengsara.

Kalau betul ini demokrasi,

Teruskan. Teruskan sampai mati.

#amiraminhalim

#pause.

*****
Aku beritahu mak
Aku kata ideology aku dah bercanggah
Penglihatan aku mungkin tak sama dengan pewaris yang lain.
Aku tak boleh paksa hati untuk membenarkan apa yang aku rasa tak kena

Aku tahu Aku degil. Tapi aku tak akan berganjak dari pendirian dan apa yang aku mahu.

Dan mak bilang.

Buatlah.
Tak semua apa yang diwarisi tu betul.

Aku.
Senyum semula.


Dan pendirian aku tetap mengatakan
Politik itu bahana.


No comments: