Followers

Wednesday, November 4, 2015

Rindu teruk.

Angin lintang bawa ingatan.

Pada mereka yg jauh tapi masih utuh -  wujud di hati.
Mereka yang selama ini tetap degil - masih mahu menjadi sebahagian aku.

Aku yang keras-kasar-tekad-tak sempurna.

Gaduh bukan sekali. Tapi wujudnya - kita sudahi dengan kata maaf dan peluk berjemaah. Kadang arus dari mata menitik nitik.Bercucuran.

Dan

Tangan itu yang kuat memeluk aku bila sedu aku berbunyi tanpa tahan.
Jari itu yang mengusap rambut aku bila lemahnya jiwa dikeji dek tohmahan.
Ribaan itu yang menjadi alas rebahan kepala aku bila jatuh hanyut dek tangisan.
Dan mata itu yang turut sama mengalir air jernih - mungkin turut sama merasakan.
Bibir juga suara itu yang tetap berbicara menolak aku bangkit tanpa alasan.

Tak ada perkataan. Cuma RINDU!.
😂😂😂😂. Rindu teruk..

Sesekali kenangan datang.
Tak ada yang mampu aku ungkap.
Hanya doa semoga semuanya elok.

Maaf.

Kakyong masih belum sempat tunaikan untuk berkumpul.
Sikit je lagi. Sabar.

Cukup purnama - kakyong janji kakyong muncul.

Hanya tuhan yang tahu berapa sayangnya aku pada mereka.
Aku tahu mereka juga rindu aku seperti mana aku rindu mereka.

Hanya tulisan dalam talian jadi pengganti.
Kadang hanya gambar tangisan yang dihantar sudah cukup menggambarkan
Berapa dalamnya rasa rindu.

Buat anak-anak ummi.
Dhuha dan Sofea.
Sikit lagi sayang nanti ummi susul kalian.
Ummi,mama dan ibu. Kita spend time together with auntie balqis and auntie jie.
Be a good daughter dear.

Ummi love both of you like I do to your mama and ibu.

Haishhh! Cepat la disember. I just can't wait.

Tuesday, November 3, 2015

Perempuan itu.

Aku ada baca.
Yang mana tulisnya...

Perempuan hebat itu adalah.

Perempuan yang mampu membalut luka dihatinya dengan kesabaran.

Perempuan yang mampu memadam amarah dengan istighfar.

Perempuan yang mampu menghapus dendam dengan memberi maaf.

Perempuan yang mampu menerima ketetapan Allah dengan doa dan tawakal.

Kerana perempuan itu tahu.
Biar apapun yang hadir dalam hidupnya
Bagaimana sakit sekalipun.
Tidak ada satu pun yang sia sia.

****************

Dear diri.
Dalam hidup ni kau akan jumpa 2 jenis manusia.

Satu.
Manusia yang yang sentiasa menyokong untuk kau terus naik.

Dua.
Manusia yang akan buat kau menangis dan jatuh. Gugur satu persatu seperti kelopak bunga.

Tapi satu hal yang pasti.
Di penghujung. Kau akan berterima kasih.
Sebab 2 manusia ini yang menjadikan kau manusia dan perempuan yang kuat dan hebat.

Dear diri. Jangan berhenti.
Pergi kemana kau mahu
Buat apa yang kau rasa perlu.

There's no one will stop your to sparkling as you are.