Followers

Sunday, October 18, 2015

Sila Meninggal.

kau tegor aku - Kau kata.

"Life kau seronok kan - pergi sana sini - tiap tiap bulan aku tengok. Takpela komitmen tak banyak. Aku dengan suami lagi, anak lagi.. Balik keje kadang tak sempat nak fikir itu ini. Balik kerja nak fikir masak-buat kerja kat rumah lagi. Tapi tak pelah sekurangnya aku dah lengkap"

Well sekarang apa maksud kau? Nak kata life aku tak lengkap ke? Aku tak nak banyak. Kalau boleh mintak tuhan letak kaki kau dalam kasut aku. Cuma sehari-

Sehari je.

****************
Itu-hari tu punya cerita.
Then kau ulang lagi.

Kau tanya aku

"Kau tak risau ke kau still belum settle down. Tak kan kau nak ade anak umur dah tua. Kau nak aku kenalkan dengan kawan husband aku tak".

Well - kau tahu ape masalah kau?
Satu je.
Kau suke jejak kaki kau dalam cerita hidup orang lain tapi kau bukan sekadar jejak, kau mahu tukar jalan cerita dia ikut frasa otak kau.

Itu masalah kau.

Kau tahu kenapa kawan kawan lain ada yang jauhkan diri dari kau. Kecuali konco kau yang rasa diri lengkap.

Satu sebab depa terusik dengan mulut kau. Dan lagi sebab depa ada yang takut nak join kau sebab depa ada akal yang tahu macam mana nak respect orang lain.

Kau tahu kata kalau tak suka dengan apa yang kau sampaikan - or sometime tulis dkat MS sila unfriend.

Tapi bila aku unfriend - kau tanya aku kenapa unfriend. Dah tu gigih add balik.
Aku keluar wasap group - kau private text aku.

Depa yang lain - tak mau cakap depan muka kau - sebab tau kau jenis camna.
Touching dan sentap kau macam padlock xboleh unlock dah!

Kau tak boleh samakan hidup semua org macam kau-kau tak boleh kata depa yang belum berlaki tu tak bahagia. Kau tak nampak.

Sekarang kau boleh cakap macam tu. Tapi kau kena ingat,

Ada orang ujian dalam prkahwinan dia awal, ada tengah dan ada yang hujung.
Jangan bila marriage kau kene langgar garuda baru nak menggelupur. Itu jam semua org kau nak salahkan. Berdiri depan cermin hitung baik buruk sendiri baru kira nisbah hidup orang.

Itu jam la kau nak rasa diri teraniaya bagai. Jangan angkuh la kalau laki kau jenis pak turut hujah kau. Sebab tu dia jadi laki kau bukan aku atau kawan lain.

Dan lagi

Aku tak rasa perlu bagitahu kau kalau ada orang lamar aku pun.
Aku tak rasa perlu bagitahu kau kalau aku nak buat apa pun.

Aku tak mintak duit kau atau laki kau untuk bayar duit gaji aku.
Aku tak mintak duit kau atau laki kau untuk bayar hotel holiday aku.
Aku tak mintak duit kau atau laki kau untuk bayar tiket flight aku.
Aku tak mintak duit kau atau laki kau untuk bayar ape pun.

Jadi bukan masalah kau kalau aku nak pergi setiap minggu - setiap bulan hatta setiap hari!

Beza aku dengan kau.

Aku mmg sanggup guna duit pergi tempat orang dari habiskan duit aku beli handbag, baju atau kasut yang beratus. Sebab pada aku tu bodoh.

Ape kau pandang kualiti? Ape mati kalau kau pakai baju harga 10 ringgit. Bile aku pergi tempat orang, aku dapat tengok macam-macam dan aku jumpe ramai orang.

Aku tak akan laburkan duit aku beli seketol Pandora yang kononnya cantik melambung lambung - idaman semua perempuan.

Wakluu!

Dengar ni

Aku dapat kenal uncle baba - yang jadi guard sacc mall, dari Nepal dia dtg. Kau tahu kenapa dia dtg Malaysia. Kau tahu siapa dia? Dia ketua tentera dkt sana. Dtg sini asalnya bercuti tp terdetik utk kekal dan kerja dekat sini, cari pengalaman. Tambah duit sebab ada anak belajar dkt oversea. Anak dia bakal scientist.

Aku dapat kenal cik nanong - johor. Skill mengurut die bapaklah superb. SmpĂ i aku rasa nak ambik dia bawak balik sini.

Aku dapat kenal Kak Suzie - owner kedai gift dekat cenang. Bukak kedai dari lot yang kecik je. Duduk sembang dengan die dari nak beli barang boleh terus lepak rumah die.

Aku dapat dengar cerita dan tengok rumah rumah jutawan dekat atas bukit bendera.

Itu yang aku nak. Itu yang aku betul betul nak. Sebab semua benda tu aku tak akan dapat bile aku masuk setiap bulan dalam kedai berjenama macam kau.

Tapi aku tak pernah pertikai sebab aku tahu hidup orang tak sama.

Dan kalau aku mampu jerit pada kau.
Aku mmg nak bagitahu.

Aku tak nak pun kau kenalkan dengan kawan husband kau ke, kawan husband kau punya kawan ke.
Aku tak nak.

Sebab aku yang memang taknak.

Aku tak ada rasa pun untuk semua tu. Sebab aku takut nanti aku akan mula rasa - yang aku memang perempuan sempurna!

Wahhhh gitu! Sekali lagi - wakluuu!

Dan lagi, kau rasa lelaki tu jujur?
Maka sekali lagi kau bodoh.
Aku tak mahu habiskan dan siakan hidup aku untuk dengar janji yang memang sia-sia,

Well hey, kalau aku berlaki pun, belum tentu lelaki tu mampu jaga and protect diri aku macam mana aku lindung diri aku sekarang.

Belum dapat - tu bulan bintang boleh petik.
Hell no - aku tak akan siakan diri aku untuk semua benda bodoh tu lagi.

Anak?

Tu kau tak payah seboklah - betul memang aku teringin nak anak. Tapi tak semestinya kena berlaki baru boleh ada anak.
Takut isu mahram dan muhrim.
Apa guna technology.
Tak pernah dengar pasal anak susuan ke gila.

Saja nak bagitahu - Nabi Muhammad dulu pun ada ibu susuan.

Nak sangat tengok aku berlaki.
Boleh bak sini laki kau.
Dengan syarat kau jangan berguling atau santau aku bila ijab kabul selesai.

Kalau tak mahu aku cakap macam tu.
Tak perlula nak risau pasal aku atau depa yang lain.

Kalau dah menggelenjat sangat tak boleh dok diam dari hidup orang lain.

Hurmmmmm baiklah.

Sila - lah.
Sila pergi meninggal.

Friday, October 16, 2015

Pernah

Hari hati hampir terhiris lagi.
Biasalah batu kena air selalu pun sompek.
Apatah lg hati.

Belum berminat nak tulis dan rungkai.
Biarkan.

Macam biasa-balik bukak lagu.
Orang kata aku taksub dia.
Gila kau! Bukan taksub.
Cuma aku hidup dengan tulisan dia.
Itu saja.
Aku ikut dia dari dia masih di atas pentas tanpa kasut. Dengan berkain batik.
Sebelum wujud juna.
Sebelum segala.
Tulisan dia seakan hidup

Tak. Kau tak akan faham.
Setiap penulisan dia.
Begitu sampai.


Fynn Jamal - Aku tak pernah jemu dengan setiap tulisan dia. 

### macam lagu yang ini.

Habis sudah madah
Tak ada satu pun yang tertinggal
Setiapnya telah
Kau ambil dan terus kau jual

Seolah tak pernah memakna apa
Seolah tak pernah kau inginkannya
Seolah tak pernah

Dikutipku bila sudi
Di bila tidak dibiar mati
Dan lebih menyakitkan
Ku tetap tunggu di tepi jalan

Seperti tak pernahku ada harga
Seperti tak pernah kita bersama
Seperti tak pernah kau mahu aku
Tak pernah rindu
Tak pernah rayu
Dulu ahh

Terlebur hancur kebal rusukku
Berkecai sepai terpecah belah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah tak pernah

Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang pernah

Takkan ada apa
Yang mampu untuk buat kau pulang
Bila sudah tiada rasa
Bikinlah apa tetap kau terbang

Takkanku pujuk kau jangan pergi
Takkanku minta kau fikir lagi
Takkanku paksa renung semula
Takkanku suruh apa-apa

takkanku izin tubuh dibuka
takkanku pamer reput di dada
takkanku rebah
takkanku goyah
takkanku biar tubuh didarah

Terlebur hancur kebal rusukku
Berkecai sepai terpecah belah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah tak pernah

Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang cuma pernah
Suatu yang pernah
Suatu yang pernah

Thursday, October 15, 2015

Learn

Learn to NEVER look back.
If Cinderella went back to pick up her shoes,
she wouldn't have became a princess.

Betul kan.... ^__^


#SalamMaalHijrah
#Lovenature
#everydayisholiday

Wednesday, October 7, 2015

Ketawa

Aku perempuan tamak. Sebab kalau boleh aku nak kaut semua gelak ketawa.

Tapi.
Takpelah aku simpan sikit.
Supaya nanti kalau sapa sapa sedih,
aku boleh bagi yang aku punya..
Kalau kata tak cukup

Hei lihat ini
bahu aku pun ada.