Followers

Wednesday, September 16, 2015

Melayu?

Maaf - mungkin ada yang setuju. Mungkin juga tidak.

Terserah. Kerana setiap jiwa, punya hak untuk berfikir pada akalnya.

Dan ini tentang jiwa dan akal aku.

Himpunlah baju merah sekalian.
Berjuanglah untuk melayu. #sinis.

Supaya yg layu akan terus layu.

Aku tanya diri sendiri?

Ada perbezaan tak himpunan yang ini dengan yang kuning.

Jawpan aku Ada.

Walaupun pada keduanya - aku kurang bersetuju.

Dan bezanya yang kuning aku tidak tercium bau "rasis" bau "perkauman". walaupun aku yakin segelintir yang terbabit memang jenis manusia seperti itu.

Tetapi yang merah ini. Memperjuangkan Maruah melayu? Maruah?

Aku selalu tanya.

Siapa yang akan merendahkan maruah sendiri?
Siapa yang akan merendahkan maruah orang lain?

Angkat jari dan berdirilah di depan cermin. Nah itu dia manusianya..................

"kau jangan babe, sok sok org cina memerintah negara kita, susah kita. Sekurangnya sekarang org melayu kita masih memerintah".

Baik aku ada 2 persoalan.

1. Kenapa kita akan takut bila cina memerintah kita?

2. Apakah kerana yg memerintah adalah orang sebangsa, jadi yang haram akan terkabul halal?

****** Ideologi aku begini.

Ye, takut.... aku pun ada rasa takut tu. silap silap hijab juga bakal diharamkan. Tapi renung semula.

(Ali belajar cak lempong-result suam kuku..tak apa ...IPTA banyak menanti)

(Ah seng result gempak meraban, IPTA dh cukup kuota, yg tinggal hnya kuota melayu dn bumiputera)

(Meenachi? Siapa dia? Marhaen kelas ketiga kah?) #senyum.

Lama dah gais- lama dah kita treat mereka begitu hanya kerana yang pergi negara sejuk sana berbincang tentang kemerdekaan adalah bangsa kita. Bagaimana kalau yang pergi ke sana bukan bangsa kita?

Tidak- aku bukan mempertikaikan.
Ya aku sungguh menghargai apa yang sudah cendekiawan dan pejuang dulu lakukan.

Tapi bangsa yang sekarang bukan Sama seperti dulu. Melayu hanya berselindung disebalik darjat kesultanan yang rapuh. Pernah dengar sultan mangkat dijulang...Bacalah asbab dan musababnya.

Kita takut pada bayang yang kita cipta sendiri atau mungkin bayang yang sudah diwarisi sejak tok nenek moyang.

"sudahlaa cina pergi balik china"
"India pergi balik India la"

Melayu? Lantas kita pajak, ini tanah kita.. Ini asal kita.. Ini tanah melayu.
Mula berkait tarik cerita parasmeswara.

Duhai kalian, carilah - hadamlah fakta dan sejarah bukan galuran tekanan pepunat "share" semata.

#senyum.

Lagi pula, beli ikan, beli sayur, beli gadget, beli baju, beli lah segala nak beli.. Tengok empunya kedai?

#senyum lagi.

"Kau ni melayu tapi langsung tak support"

Ye... Aku melayu. Aku tahu.

Ohhhhh hari Malaysia. Harus Ingat Sabah dan Sarawak juga Sama, jadi hamburkan rasa hormat.

Dan..

hey berapalah harga melayu nya aku ini di depan tuhan esok esok.

No comments: