Followers

Friday, September 25, 2015

Aidil Adha

Another Aidil Adha..
Semoga segalanya akan baik adanya.
Aamiin....When we talked about Aidil Adha - No such thing - crossed in mind
Just

"Pengorbanan"

Banyak sangat makna pengorbanan ni.
Tentang segalanya.

Aku berdiri depan cermin.
Yang terlihat hanya
Satu tubuh yang sama sekali telah berubah seluruh cerita kehidupannya.
Senyum dan berkata sendiri :

"Jangan khuatir sayang màsa depan kau belum berakhir semalam, selagi roh dan jasad bersatu, kau masih mampu corak dengan warna lain.

Dulu, aku buat - aku lakukan
segalanya dengan kesilapan.
Kesilapan untuk bikin orang bangga dengan aku.
Yang mana aku fikir, aku mampu raih berjuta rasa sayang untuk aku simpan dalam diri.
Tak sedar rupanya diri sakit untuk tanggung beban.

Enough said.

"work for a cause not for applause, live life to express not to impress "

And yet, I'll start restructure back.
It's ok kalau kita bina bangunan tiba satu hari ada bom gugur, segala yang kita bina hancur, maka kita bina lah semula kalau bukan bangunan mungkin sebuah Taman.
Siapa tahu lebih cantik lebih indah lebih harum.

"Every successful person has a painful story, every painful story has a successful ending"

Wednesday, September 16, 2015

Melayu?

Maaf - mungkin ada yang setuju. Mungkin juga tidak.

Terserah. Kerana setiap jiwa, punya hak untuk berfikir pada akalnya.

Dan ini tentang jiwa dan akal aku.

Himpunlah baju merah sekalian.
Berjuanglah untuk melayu. #sinis.

Supaya yg layu akan terus layu.

Aku tanya diri sendiri?

Ada perbezaan tak himpunan yang ini dengan yang kuning.

Jawpan aku Ada.

Walaupun pada keduanya - aku kurang bersetuju.

Dan bezanya yang kuning aku tidak tercium bau "rasis" bau "perkauman". walaupun aku yakin segelintir yang terbabit memang jenis manusia seperti itu.

Tetapi yang merah ini. Memperjuangkan Maruah melayu? Maruah?

Aku selalu tanya.

Siapa yang akan merendahkan maruah sendiri?
Siapa yang akan merendahkan maruah orang lain?

Angkat jari dan berdirilah di depan cermin. Nah itu dia manusianya..................

"kau jangan babe, sok sok org cina memerintah negara kita, susah kita. Sekurangnya sekarang org melayu kita masih memerintah".

Baik aku ada 2 persoalan.

1. Kenapa kita akan takut bila cina memerintah kita?

2. Apakah kerana yg memerintah adalah orang sebangsa, jadi yang haram akan terkabul halal?

****** Ideologi aku begini.

Ye, takut.... aku pun ada rasa takut tu. silap silap hijab juga bakal diharamkan. Tapi renung semula.

(Ali belajar cak lempong-result suam kuku..tak apa ...IPTA banyak menanti)

(Ah seng result gempak meraban, IPTA dh cukup kuota, yg tinggal hnya kuota melayu dn bumiputera)

(Meenachi? Siapa dia? Marhaen kelas ketiga kah?) #senyum.

Lama dah gais- lama dah kita treat mereka begitu hanya kerana yang pergi negara sejuk sana berbincang tentang kemerdekaan adalah bangsa kita. Bagaimana kalau yang pergi ke sana bukan bangsa kita?

Tidak- aku bukan mempertikaikan.
Ya aku sungguh menghargai apa yang sudah cendekiawan dan pejuang dulu lakukan.

Tapi bangsa yang sekarang bukan Sama seperti dulu. Melayu hanya berselindung disebalik darjat kesultanan yang rapuh. Pernah dengar sultan mangkat dijulang...Bacalah asbab dan musababnya.

Kita takut pada bayang yang kita cipta sendiri atau mungkin bayang yang sudah diwarisi sejak tok nenek moyang.

"sudahlaa cina pergi balik china"
"India pergi balik India la"

Melayu? Lantas kita pajak, ini tanah kita.. Ini asal kita.. Ini tanah melayu.
Mula berkait tarik cerita parasmeswara.

Duhai kalian, carilah - hadamlah fakta dan sejarah bukan galuran tekanan pepunat "share" semata.

#senyum.

Lagi pula, beli ikan, beli sayur, beli gadget, beli baju, beli lah segala nak beli.. Tengok empunya kedai?

#senyum lagi.

"Kau ni melayu tapi langsung tak support"

Ye... Aku melayu. Aku tahu.

Ohhhhh hari Malaysia. Harus Ingat Sabah dan Sarawak juga Sama, jadi hamburkan rasa hormat.

Dan..

hey berapalah harga melayu nya aku ini di depan tuhan esok esok.

Wednesday, September 9, 2015

Alhamdulillah... Yeayyyyy!

There's no other's word - just Alhamdulillah..The Great - Almighty only HIM Forever without doubt.

Even kita rasa kita x bagus and baik sangat pun tapi kalau ade niat baik even sebesar hama - Allah mesti bagi Jalan.
Takut nak share sebab nanti orang bilang yang tidak tidak - Tapi lumrah selagi manusia itu punya jari, mereka tetap akan bilang.

Mase mula mula nak share dekat fb, takut sebab takut orang kata aku yg bukan2.

Tanya kawan ni tanya kawan tu guna whatsapp. Tapi kadg x sempat nak reply. Dekat office takut boss kata curi tulang pulak.

Finally mintak pendapat kawan yang rapat.

What she said

"Benda baik kalau nak share memang setan akan hasut tak payah share"

Okay then I'll posted and shared!

Jom kongsi apa yang mampu. Nak tunggu kita betul betul baik baru buat baik. Tak tahu bila.. Tak dapat bagi barang - tu no Akaun ada.

For those yang involved.
Yang hantar sendiri dekat sana
Yang transit dekat office aku
Yang bank in
Yang segala yang
Mula-mula aku ingat aku akan sorg je.

Gais! U all equal AWESOME!
Love u!
U all know who u are!
#LOVE :')

Tuesday, September 8, 2015

Jalan jelah.

Bila kau jalan dan jalan dan jalan lagi
Penat tahap nak mati.
Rasa macam tak larat.
Rasa macam terlalu penat

Tapi kau tetap Jalan lagi dan jalan lagi - Kadang hati kau sakit nak tahu sangat mana penghujung.
Apa ada dekat depan.
Tapi kau keep try to chill and calm

Pusing belakang nak patah balik.
Hati kau berdetik.

"Kau dah jalan sejauh ni - kau dah jalan sampai sini takkan kau nak patah balik"

"Macam macam dah kau rasa- tersadung batu- terkait ranting-jatuh-luka..tak kan kau nak patah balik"

"Jangan siakan apa yang dah kau lalui - jangan siakan apa yang kau dah usahakan".

Dan setiap kali tiba di titik akhir.
Rasa puas - lebih indah dari beruk dapat bunga.
Kan?

Penat tapi kau tetap mahu lagi.
Inilah dadah hidup.

Gais.

2 kali gais - 2 kali.

Allah dah bilang Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

#ohImbless