Followers

Sunday, December 20, 2015

10 years.

After 10 years.

18.12.2005 - jejak kaki dekat UiTM Jengka.

Mak abah dan pakmat yang tolong hantar.
Sampai dekat dewan pendaftaran abah suruh masuk. Mak nak teman, abah tak bagi.

After daftar. Dapat kunci bilik. Sampai kat kereta nak masuk, abah tanya kenapa nak masuk. Abah suruh angkat barang and cari mana hostel. Abah kate aku dah besar kena berdikari.

Muka mak dah keruh. Tapi tak boleh nak buat apa. Abah kan veto. Air mata dah kat tekak tapi nak menangis depan abah.
Matilanakkk oiii.

Lepas salam semua, aku angkat beg dengan baldi segala. Penuh Kiri kanan dah macam truck barang aku rasa berjalan la terkedek2, tah sapa sapa aku tanya.

First sem, nothing much everything's smooth je.  So memories.

Rupanya dah 10 tahun.
This girls apart of them who are always be with.

Senah,Siti, Zetty, Ain, Junior and Fuzzy....
They are apart if my awesome people..

Love you guys, may Allah always protect our relationship. Indeed.


Saturday, December 19, 2015

aku



December is my month.
Happy birthday me..
Thanks for those who try so hard to feel it with me. Sangat-sangat berterima kasih. Walaupun terpaksa tunggu sampai Aku habis kerja. Terpaksala bagi hadiah jumpa tepi jalan je. Pass dekat housemate. The real fact is thank youuuuuu!

I'm sorry guys. Give me sikit je masa untuk betulkan balik kusut-masai created before. Admit, kerja pukul 8.30 sampai 5 but pukul 9 baru ada kat rumah. Sabtu Aku sebat jugak kerja, sepatutnya sampai pukul 1, Aku rembat sampai pukul 6 ptg. Sorry babes, soon when everything dah susun cantik, we will get our moment.

Anyway still wanna thanks for the cake, dinner treats, scarf, cookies and short trip. And that's why I said Allah love me. Dia ambik satu tapi Dia kekalkan yang lain and siap tambah lagi.

Nothing much, just I hope everything going smooth after this. And slowly I will try to figure and count back all the things given with bless. Ooo Allah, I owe you much. Sometime I forgot You but You still love and care me.

I remembered someone told me.

"Orang yang hebat itu orang yang mengaku salah walaupun timbang taranya masih di langit"

Maksudnya mungkin orang pandang kau teruk, buruk bodoh, jadi kau biar dan benarkan kata mereka, sebab kau tahu the truth is, yang dekat Atas je tahu Dan nampak setiap satu persatu puzzle dalam hidup kau.

Aku dah lali, mungkin dah kebas.
Bila terpusing cerita belakang dalam journey for this 28, ade sikit rase sedu tapi aku cepat-cepat lari balik dalam track. #hahaha.

Just dont regret too much, because all of that things jadikan Aku manusia yang lebih kuat. Keep positive and keep walk.

And I really really know if there's any person who are remember and miss me even we'll never be apart, and maybe never see again. But I know deep inside their heart, they miss me and even ingat pada aku. I know it well. And yes I miss it back. Just i'm learn ada benda yang kita patut simpan dalam hati sendiri.

"Aku tahu dia rindu Aku. Dan Aku tahu, dia tahu yang Aku tahu dia rindu Aku".

"Dia tahu aku rindu dia. Dan Aku tahu dia tahu aku rindu dia".

#haaaamatinakhadamhahaha!

Hey alls. Just these.

If you see ocean and even nature, there you go, my heart will there and i'm always be with you in your heart..


"The waves of the sea, and the fresh of the green nature help me get back to me, and I'm always be there just close your eyes and take a deep breath. I'm always be with."


Drama

Matter 1: Guy.

"You are such cold heart one. Macam ice. Beku"

"You are too busy. Orang lain pun kerja jugak tapi agak-agakla"

"I tak boleh baca what exactly in your mind. Marah ke, suka ke. Kadang I pelik I saja buat you marah tapi you tak marah"

"You memang jenis orang takde perasan ke ape?"

"You ni nak cakap kasar sangat tak, tapi kadang I tengok you ni dull. Tak manja."

And my answers is, pegi mam...well bye

Matter 2 : Still Guy.

"Awak hari ni sy macam penat sikit, sebab tadi pergi hiking, you know sy memang suka and bla bla bla bla, sy kalau bab masuk hutan memang and bla bla bla"

"You ade kawan tak yang sewakan kiosk, I nak sewa la, coz I'm planning on set branches kiosk for my bla bla bla bla"

"you, hari tu ade tanye pasal nak beli rumah kan, kawan I ade bagi info sama harga macam yang you nak, jom jumpe, I ambik you and bla bla bla"

"Awak buat ape, awak saya rindu awak and bla bla bla"

My answer is I don't even care anything just stop la nak tunjuk pandai, and hebat coz the truth is you are nothing guys
Nothing. Orhh, my answer for the last the one is hey F!

Matter 3: friend's Marriage.

Satu. His wife flirt with another guy and they divorced.

My comment :  Siapa kata jadi lelaki semua jahat and perempuan je teraniaya.

Dua. She's a second wife. One day, I saw her status how sick she is when she's got a slut n worst message for how bad she is a s second wife. And she's down.

My comment : the message sender is slut. Yang hantar mesej yang jadi batu api yang laha. My friend even she is second wife, well hello rumah 3 tingkat siap lift tu hasil kerja keras die kot. Aku sendiri tengok macam mana dia berdikari dari satu merangkak sampai sekarang. All she done with her own. She build her own empire. Ingat semua perempuan kawin jadi second wife nak kikis duit laki ke.

Tiga: her husband flirt with another girl. Then get caught. So perang dunia ke lapan mungkin. I'll be her listener. Even she know my past story. And even her husband said it just for fun.

My comment : kadang memang tak tahu ape lagi lelaki nak. There's no one perfect 100%. And if for fun, please hell babe. Hell. Pity of that woman. Kalau perempuan tu sangkut atas effort laki kawan aku ni, and sudden she cannot move. Woahhh hell bro, hell. Perempuan tu akan kene perosak rumah tangga korang and after that she will stuck with my friend's husband and then she will be lefted just like pistachio. Perghhhh! mohon Allah kuatkan bahu perempuan tu.


Empat: kahwin dah 4 tahun tapi belum ada rezeki anak, then f amily masuk campur and ask kawan lelaki Aku kahwin lagi.

My comment : ini kelakar tahap dewa bro. Kelakar. Stupid. Kahkahkahkah!

Lima: his wife too arrogant - angkuh - rude, maki kawan aku tak fikir tempat. Buat shot catch up pun muka macam hape.

My comment: ikat laki kau tambat dekat tiang. Bila time pegi kerja hambat lepas tu time balik kerja panggil balik macam tuan lembu panggil lembu masuk kandang. And one more thing don't simply call my friend bodoh depan kiteorg sebab pada kiteorg ko yang bodoh.


******************

Actually all of this kalau lah aku boleh jawab dekat maklang haritu macam ni kan best... Tapi mak awal awal lagi dah jeling.

Orhh pity me. Terpaksala jawab.

"Takde jodoh lagi la maklang, lagipun nak habis kan study. Takpela kalau jodohnya dah lambat"

Bapakla cliche jawapan skema. Pecah jantung. Siap kene nganjing lagi dengan kakak.

And my conclusion, marriage is something yang pure that no one knows. I don't even think and don't want to talk about it pun. Dulu rase senak bila there's some voice ask but now. Frankly macam dah jadi benda lucu. Lagi lagi bila tengok sekeliling yang belum tentu bahagia pun. So I just believe that if Allah kata "ok girl your turn now" then gotcha then i know that time my heart will open se open open-nya.

And 2016- done plan my mission and yeahh lets rock it - orhh well marriage is beyond of it. Not listed. It will jump if jumped.


Sunday, December 6, 2015

Kopi pasta

apabila rakyat biasa berkata,
habis gundah yg bermaharajalela, dicantas terus membuang bisa.

Inikah keamanan bagimu sang penguasa?

Keamanan dimana asal engkau terus berkuasa dan rakyat terus sengsara.

Kalau betul ini demokrasi,

Teruskan. Teruskan sampai mati.

#amiraminhalim

#pause.

*****
Aku beritahu mak
Aku kata ideology aku dah bercanggah
Penglihatan aku mungkin tak sama dengan pewaris yang lain.
Aku tak boleh paksa hati untuk membenarkan apa yang aku rasa tak kena

Aku tahu Aku degil. Tapi aku tak akan berganjak dari pendirian dan apa yang aku mahu.

Dan mak bilang.

Buatlah.
Tak semua apa yang diwarisi tu betul.

Aku.
Senyum semula.


Dan pendirian aku tetap mengatakan
Politik itu bahana.


Wednesday, November 4, 2015

Rindu teruk.

Angin lintang bawa ingatan.

Pada mereka yg jauh tapi masih utuh -  wujud di hati.
Mereka yang selama ini tetap degil - masih mahu menjadi sebahagian aku.

Aku yang keras-kasar-tekad-tak sempurna.

Gaduh bukan sekali. Tapi wujudnya - kita sudahi dengan kata maaf dan peluk berjemaah. Kadang arus dari mata menitik nitik.Bercucuran.

Dan

Tangan itu yang kuat memeluk aku bila sedu aku berbunyi tanpa tahan.
Jari itu yang mengusap rambut aku bila lemahnya jiwa dikeji dek tohmahan.
Ribaan itu yang menjadi alas rebahan kepala aku bila jatuh hanyut dek tangisan.
Dan mata itu yang turut sama mengalir air jernih - mungkin turut sama merasakan.
Bibir juga suara itu yang tetap berbicara menolak aku bangkit tanpa alasan.

Tak ada perkataan. Cuma RINDU!.
😂😂😂😂. Rindu teruk..

Sesekali kenangan datang.
Tak ada yang mampu aku ungkap.
Hanya doa semoga semuanya elok.

Maaf.

Kakyong masih belum sempat tunaikan untuk berkumpul.
Sikit je lagi. Sabar.

Cukup purnama - kakyong janji kakyong muncul.

Hanya tuhan yang tahu berapa sayangnya aku pada mereka.
Aku tahu mereka juga rindu aku seperti mana aku rindu mereka.

Hanya tulisan dalam talian jadi pengganti.
Kadang hanya gambar tangisan yang dihantar sudah cukup menggambarkan
Berapa dalamnya rasa rindu.

Buat anak-anak ummi.
Dhuha dan Sofea.
Sikit lagi sayang nanti ummi susul kalian.
Ummi,mama dan ibu. Kita spend time together with auntie balqis and auntie jie.
Be a good daughter dear.

Ummi love both of you like I do to your mama and ibu.

Haishhh! Cepat la disember. I just can't wait.

Tuesday, November 3, 2015

Perempuan itu.

Aku ada baca.
Yang mana tulisnya...

Perempuan hebat itu adalah.

Perempuan yang mampu membalut luka dihatinya dengan kesabaran.

Perempuan yang mampu memadam amarah dengan istighfar.

Perempuan yang mampu menghapus dendam dengan memberi maaf.

Perempuan yang mampu menerima ketetapan Allah dengan doa dan tawakal.

Kerana perempuan itu tahu.
Biar apapun yang hadir dalam hidupnya
Bagaimana sakit sekalipun.
Tidak ada satu pun yang sia sia.

****************

Dear diri.
Dalam hidup ni kau akan jumpa 2 jenis manusia.

Satu.
Manusia yang yang sentiasa menyokong untuk kau terus naik.

Dua.
Manusia yang akan buat kau menangis dan jatuh. Gugur satu persatu seperti kelopak bunga.

Tapi satu hal yang pasti.
Di penghujung. Kau akan berterima kasih.
Sebab 2 manusia ini yang menjadikan kau manusia dan perempuan yang kuat dan hebat.

Dear diri. Jangan berhenti.
Pergi kemana kau mahu
Buat apa yang kau rasa perlu.

There's no one will stop your to sparkling as you are.

Sunday, October 18, 2015

Sila Meninggal.

kau tegor aku - Kau kata.

"Life kau seronok kan - pergi sana sini - tiap tiap bulan aku tengok. Takpela komitmen tak banyak. Aku dengan suami lagi, anak lagi.. Balik keje kadang tak sempat nak fikir itu ini. Balik kerja nak fikir masak-buat kerja kat rumah lagi. Tapi tak pelah sekurangnya aku dah lengkap"

Well sekarang apa maksud kau? Nak kata life aku tak lengkap ke? Aku tak nak banyak. Kalau boleh mintak tuhan letak kaki kau dalam kasut aku. Cuma sehari-

Sehari je.

****************
Itu-hari tu punya cerita.
Then kau ulang lagi.

Kau tanya aku

"Kau tak risau ke kau still belum settle down. Tak kan kau nak ade anak umur dah tua. Kau nak aku kenalkan dengan kawan husband aku tak".

Well - kau tahu ape masalah kau?
Satu je.
Kau suke jejak kaki kau dalam cerita hidup orang lain tapi kau bukan sekadar jejak, kau mahu tukar jalan cerita dia ikut frasa otak kau.

Itu masalah kau.

Kau tahu kenapa kawan kawan lain ada yang jauhkan diri dari kau. Kecuali konco kau yang rasa diri lengkap.

Satu sebab depa terusik dengan mulut kau. Dan lagi sebab depa ada yang takut nak join kau sebab depa ada akal yang tahu macam mana nak respect orang lain.

Kau tahu kata kalau tak suka dengan apa yang kau sampaikan - or sometime tulis dkat MS sila unfriend.

Tapi bila aku unfriend - kau tanya aku kenapa unfriend. Dah tu gigih add balik.
Aku keluar wasap group - kau private text aku.

Depa yang lain - tak mau cakap depan muka kau - sebab tau kau jenis camna.
Touching dan sentap kau macam padlock xboleh unlock dah!

Kau tak boleh samakan hidup semua org macam kau-kau tak boleh kata depa yang belum berlaki tu tak bahagia. Kau tak nampak.

Sekarang kau boleh cakap macam tu. Tapi kau kena ingat,

Ada orang ujian dalam prkahwinan dia awal, ada tengah dan ada yang hujung.
Jangan bila marriage kau kene langgar garuda baru nak menggelupur. Itu jam semua org kau nak salahkan. Berdiri depan cermin hitung baik buruk sendiri baru kira nisbah hidup orang.

Itu jam la kau nak rasa diri teraniaya bagai. Jangan angkuh la kalau laki kau jenis pak turut hujah kau. Sebab tu dia jadi laki kau bukan aku atau kawan lain.

Dan lagi

Aku tak rasa perlu bagitahu kau kalau ada orang lamar aku pun.
Aku tak rasa perlu bagitahu kau kalau aku nak buat apa pun.

Aku tak mintak duit kau atau laki kau untuk bayar duit gaji aku.
Aku tak mintak duit kau atau laki kau untuk bayar hotel holiday aku.
Aku tak mintak duit kau atau laki kau untuk bayar tiket flight aku.
Aku tak mintak duit kau atau laki kau untuk bayar ape pun.

Jadi bukan masalah kau kalau aku nak pergi setiap minggu - setiap bulan hatta setiap hari!

Beza aku dengan kau.

Aku mmg sanggup guna duit pergi tempat orang dari habiskan duit aku beli handbag, baju atau kasut yang beratus. Sebab pada aku tu bodoh.

Ape kau pandang kualiti? Ape mati kalau kau pakai baju harga 10 ringgit. Bile aku pergi tempat orang, aku dapat tengok macam-macam dan aku jumpe ramai orang.

Aku tak akan laburkan duit aku beli seketol Pandora yang kononnya cantik melambung lambung - idaman semua perempuan.

Wakluu!

Dengar ni

Aku dapat kenal uncle baba - yang jadi guard sacc mall, dari Nepal dia dtg. Kau tahu kenapa dia dtg Malaysia. Kau tahu siapa dia? Dia ketua tentera dkt sana. Dtg sini asalnya bercuti tp terdetik utk kekal dan kerja dekat sini, cari pengalaman. Tambah duit sebab ada anak belajar dkt oversea. Anak dia bakal scientist.

Aku dapat kenal cik nanong - johor. Skill mengurut die bapaklah superb. SmpĂ i aku rasa nak ambik dia bawak balik sini.

Aku dapat kenal Kak Suzie - owner kedai gift dekat cenang. Bukak kedai dari lot yang kecik je. Duduk sembang dengan die dari nak beli barang boleh terus lepak rumah die.

Aku dapat dengar cerita dan tengok rumah rumah jutawan dekat atas bukit bendera.

Itu yang aku nak. Itu yang aku betul betul nak. Sebab semua benda tu aku tak akan dapat bile aku masuk setiap bulan dalam kedai berjenama macam kau.

Tapi aku tak pernah pertikai sebab aku tahu hidup orang tak sama.

Dan kalau aku mampu jerit pada kau.
Aku mmg nak bagitahu.

Aku tak nak pun kau kenalkan dengan kawan husband kau ke, kawan husband kau punya kawan ke.
Aku tak nak.

Sebab aku yang memang taknak.

Aku tak ada rasa pun untuk semua tu. Sebab aku takut nanti aku akan mula rasa - yang aku memang perempuan sempurna!

Wahhhh gitu! Sekali lagi - wakluuu!

Dan lagi, kau rasa lelaki tu jujur?
Maka sekali lagi kau bodoh.
Aku tak mahu habiskan dan siakan hidup aku untuk dengar janji yang memang sia-sia,

Well hey, kalau aku berlaki pun, belum tentu lelaki tu mampu jaga and protect diri aku macam mana aku lindung diri aku sekarang.

Belum dapat - tu bulan bintang boleh petik.
Hell no - aku tak akan siakan diri aku untuk semua benda bodoh tu lagi.

Anak?

Tu kau tak payah seboklah - betul memang aku teringin nak anak. Tapi tak semestinya kena berlaki baru boleh ada anak.
Takut isu mahram dan muhrim.
Apa guna technology.
Tak pernah dengar pasal anak susuan ke gila.

Saja nak bagitahu - Nabi Muhammad dulu pun ada ibu susuan.

Nak sangat tengok aku berlaki.
Boleh bak sini laki kau.
Dengan syarat kau jangan berguling atau santau aku bila ijab kabul selesai.

Kalau tak mahu aku cakap macam tu.
Tak perlula nak risau pasal aku atau depa yang lain.

Kalau dah menggelenjat sangat tak boleh dok diam dari hidup orang lain.

Hurmmmmm baiklah.

Sila - lah.
Sila pergi meninggal.

Friday, October 16, 2015

Pernah

Hari hati hampir terhiris lagi.
Biasalah batu kena air selalu pun sompek.
Apatah lg hati.

Belum berminat nak tulis dan rungkai.
Biarkan.

Macam biasa-balik bukak lagu.
Orang kata aku taksub dia.
Gila kau! Bukan taksub.
Cuma aku hidup dengan tulisan dia.
Itu saja.
Aku ikut dia dari dia masih di atas pentas tanpa kasut. Dengan berkain batik.
Sebelum wujud juna.
Sebelum segala.
Tulisan dia seakan hidup

Tak. Kau tak akan faham.
Setiap penulisan dia.
Begitu sampai.


Fynn Jamal - Aku tak pernah jemu dengan setiap tulisan dia. 

### macam lagu yang ini.

Habis sudah madah
Tak ada satu pun yang tertinggal
Setiapnya telah
Kau ambil dan terus kau jual

Seolah tak pernah memakna apa
Seolah tak pernah kau inginkannya
Seolah tak pernah

Dikutipku bila sudi
Di bila tidak dibiar mati
Dan lebih menyakitkan
Ku tetap tunggu di tepi jalan

Seperti tak pernahku ada harga
Seperti tak pernah kita bersama
Seperti tak pernah kau mahu aku
Tak pernah rindu
Tak pernah rayu
Dulu ahh

Terlebur hancur kebal rusukku
Berkecai sepai terpecah belah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah tak pernah

Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang pernah

Takkan ada apa
Yang mampu untuk buat kau pulang
Bila sudah tiada rasa
Bikinlah apa tetap kau terbang

Takkanku pujuk kau jangan pergi
Takkanku minta kau fikir lagi
Takkanku paksa renung semula
Takkanku suruh apa-apa

takkanku izin tubuh dibuka
takkanku pamer reput di dada
takkanku rebah
takkanku goyah
takkanku biar tubuh didarah

Terlebur hancur kebal rusukku
Berkecai sepai terpecah belah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah tak pernah

Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang cuma pernah
Suatu yang pernah
Suatu yang pernah

Thursday, October 15, 2015

Learn

Learn to NEVER look back.
If Cinderella went back to pick up her shoes,
she wouldn't have became a princess.

Betul kan.... ^__^


#SalamMaalHijrah
#Lovenature
#everydayisholiday

Wednesday, October 7, 2015

Ketawa

Aku perempuan tamak. Sebab kalau boleh aku nak kaut semua gelak ketawa.

Tapi.
Takpelah aku simpan sikit.
Supaya nanti kalau sapa sapa sedih,
aku boleh bagi yang aku punya..
Kalau kata tak cukup

Hei lihat ini
bahu aku pun ada.

Friday, September 25, 2015

Aidil Adha

Another Aidil Adha..
Semoga segalanya akan baik adanya.
Aamiin....When we talked about Aidil Adha - No such thing - crossed in mind
Just

"Pengorbanan"

Banyak sangat makna pengorbanan ni.
Tentang segalanya.

Aku berdiri depan cermin.
Yang terlihat hanya
Satu tubuh yang sama sekali telah berubah seluruh cerita kehidupannya.
Senyum dan berkata sendiri :

"Jangan khuatir sayang màsa depan kau belum berakhir semalam, selagi roh dan jasad bersatu, kau masih mampu corak dengan warna lain.

Dulu, aku buat - aku lakukan
segalanya dengan kesilapan.
Kesilapan untuk bikin orang bangga dengan aku.
Yang mana aku fikir, aku mampu raih berjuta rasa sayang untuk aku simpan dalam diri.
Tak sedar rupanya diri sakit untuk tanggung beban.

Enough said.

"work for a cause not for applause, live life to express not to impress "

And yet, I'll start restructure back.
It's ok kalau kita bina bangunan tiba satu hari ada bom gugur, segala yang kita bina hancur, maka kita bina lah semula kalau bukan bangunan mungkin sebuah Taman.
Siapa tahu lebih cantik lebih indah lebih harum.

"Every successful person has a painful story, every painful story has a successful ending"

Wednesday, September 16, 2015

Melayu?

Maaf - mungkin ada yang setuju. Mungkin juga tidak.

Terserah. Kerana setiap jiwa, punya hak untuk berfikir pada akalnya.

Dan ini tentang jiwa dan akal aku.

Himpunlah baju merah sekalian.
Berjuanglah untuk melayu. #sinis.

Supaya yg layu akan terus layu.

Aku tanya diri sendiri?

Ada perbezaan tak himpunan yang ini dengan yang kuning.

Jawpan aku Ada.

Walaupun pada keduanya - aku kurang bersetuju.

Dan bezanya yang kuning aku tidak tercium bau "rasis" bau "perkauman". walaupun aku yakin segelintir yang terbabit memang jenis manusia seperti itu.

Tetapi yang merah ini. Memperjuangkan Maruah melayu? Maruah?

Aku selalu tanya.

Siapa yang akan merendahkan maruah sendiri?
Siapa yang akan merendahkan maruah orang lain?

Angkat jari dan berdirilah di depan cermin. Nah itu dia manusianya..................

"kau jangan babe, sok sok org cina memerintah negara kita, susah kita. Sekurangnya sekarang org melayu kita masih memerintah".

Baik aku ada 2 persoalan.

1. Kenapa kita akan takut bila cina memerintah kita?

2. Apakah kerana yg memerintah adalah orang sebangsa, jadi yang haram akan terkabul halal?

****** Ideologi aku begini.

Ye, takut.... aku pun ada rasa takut tu. silap silap hijab juga bakal diharamkan. Tapi renung semula.

(Ali belajar cak lempong-result suam kuku..tak apa ...IPTA banyak menanti)

(Ah seng result gempak meraban, IPTA dh cukup kuota, yg tinggal hnya kuota melayu dn bumiputera)

(Meenachi? Siapa dia? Marhaen kelas ketiga kah?) #senyum.

Lama dah gais- lama dah kita treat mereka begitu hanya kerana yang pergi negara sejuk sana berbincang tentang kemerdekaan adalah bangsa kita. Bagaimana kalau yang pergi ke sana bukan bangsa kita?

Tidak- aku bukan mempertikaikan.
Ya aku sungguh menghargai apa yang sudah cendekiawan dan pejuang dulu lakukan.

Tapi bangsa yang sekarang bukan Sama seperti dulu. Melayu hanya berselindung disebalik darjat kesultanan yang rapuh. Pernah dengar sultan mangkat dijulang...Bacalah asbab dan musababnya.

Kita takut pada bayang yang kita cipta sendiri atau mungkin bayang yang sudah diwarisi sejak tok nenek moyang.

"sudahlaa cina pergi balik china"
"India pergi balik India la"

Melayu? Lantas kita pajak, ini tanah kita.. Ini asal kita.. Ini tanah melayu.
Mula berkait tarik cerita parasmeswara.

Duhai kalian, carilah - hadamlah fakta dan sejarah bukan galuran tekanan pepunat "share" semata.

#senyum.

Lagi pula, beli ikan, beli sayur, beli gadget, beli baju, beli lah segala nak beli.. Tengok empunya kedai?

#senyum lagi.

"Kau ni melayu tapi langsung tak support"

Ye... Aku melayu. Aku tahu.

Ohhhhh hari Malaysia. Harus Ingat Sabah dan Sarawak juga Sama, jadi hamburkan rasa hormat.

Dan..

hey berapalah harga melayu nya aku ini di depan tuhan esok esok.

Wednesday, September 9, 2015

Alhamdulillah... Yeayyyyy!

There's no other's word - just Alhamdulillah..The Great - Almighty only HIM Forever without doubt.

Even kita rasa kita x bagus and baik sangat pun tapi kalau ade niat baik even sebesar hama - Allah mesti bagi Jalan.
Takut nak share sebab nanti orang bilang yang tidak tidak - Tapi lumrah selagi manusia itu punya jari, mereka tetap akan bilang.

Mase mula mula nak share dekat fb, takut sebab takut orang kata aku yg bukan2.

Tanya kawan ni tanya kawan tu guna whatsapp. Tapi kadg x sempat nak reply. Dekat office takut boss kata curi tulang pulak.

Finally mintak pendapat kawan yang rapat.

What she said

"Benda baik kalau nak share memang setan akan hasut tak payah share"

Okay then I'll posted and shared!

Jom kongsi apa yang mampu. Nak tunggu kita betul betul baik baru buat baik. Tak tahu bila.. Tak dapat bagi barang - tu no Akaun ada.

For those yang involved.
Yang hantar sendiri dekat sana
Yang transit dekat office aku
Yang bank in
Yang segala yang
Mula-mula aku ingat aku akan sorg je.

Gais! U all equal AWESOME!
Love u!
U all know who u are!
#LOVE :')

Tuesday, September 8, 2015

Jalan jelah.

Bila kau jalan dan jalan dan jalan lagi
Penat tahap nak mati.
Rasa macam tak larat.
Rasa macam terlalu penat

Tapi kau tetap Jalan lagi dan jalan lagi - Kadang hati kau sakit nak tahu sangat mana penghujung.
Apa ada dekat depan.
Tapi kau keep try to chill and calm

Pusing belakang nak patah balik.
Hati kau berdetik.

"Kau dah jalan sejauh ni - kau dah jalan sampai sini takkan kau nak patah balik"

"Macam macam dah kau rasa- tersadung batu- terkait ranting-jatuh-luka..tak kan kau nak patah balik"

"Jangan siakan apa yang dah kau lalui - jangan siakan apa yang kau dah usahakan".

Dan setiap kali tiba di titik akhir.
Rasa puas - lebih indah dari beruk dapat bunga.
Kan?

Penat tapi kau tetap mahu lagi.
Inilah dadah hidup.

Gais.

2 kali gais - 2 kali.

Allah dah bilang Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

#ohImbless

Friday, August 21, 2015

Jangan suruh aku.

"Kau ni puitis sgt la, tak cool langsung asyik menulis je. Tah pape"

#senyum. Mungkin faktor usia. Aku malas berdebat kata.

Kadang bila kata nakal usik hiris aku punya jiwa

Bilangnya "ko ingat cantik ke ko lukis"
"Lukis benda yang Sama je. Buruk pulak tu"

Sekali lagi

#senyum. Maaf cita cita aku tak pernah mahu jadi pelukis yang terhandal.

Kalau kau bisa faham - aku melukis apa yang jiwa aku rasa tenang.

Dan kalau bisa - aku mahu bacakan kau sesuatu yang dah terpahat dalam otak aku sejak umur aku angka 23.

Bunyinya begini
*****************

Dengan puisi aku bernyanyi
Sampai senja umurku nanti

Dengan puisi aku bercinta
Berbatas cakrawala

Dengan puisi aku mngenang
Keabadian yang akan datang

Dengan puisi aku menangis
Jarum waktu bila kejam mengiris

Dengan puisi aku mengutuk
Nafas zaman yang busuk

Dengan puisi aku berdoa
Perkenanlah kiranya

#bapaktaufikismail.
******************************

Jadi - pergi kalau aku bukan cool.
Jadi - jangan minta aku berhenti menulis. Jangan.

Monday, August 10, 2015

Mimpi.

Mimpi.

Dulu aku cukup suka bila time nak tido.
Sebab?

Aku boleh mimpi.
Dan aku tak sabar nak tahu aku mimpi ape.

Kadang before nak tido tu,
Memang dah get ready macam hape tah.
Tarik tarik cadar - tepuk tepuk bantal segala. Kelakar kan?

Now what ever it is - why I sudden jot this on my virtual canvas?

Don't know.

yes maybe I hope u can read.
If that so or maybe not.
I read that when someone step into your dreams mean that person do remembered u.
Yes belon tetap terbang.

Just now I see u in my dream. Clearly.
Just sudden I'll got woke and my heart beat so fast..my hand go shake.
Don't know what and why.
What ever it is, u still someone in my past.
What ever it is, u still someone who teach me a lot of lesson and how I'll gonna survive and be stronger and stronger.

And no matter what moga Allah selalu lindung kamu dan keluarga kamu.
Semoga Allah terus jaga kamu dan keluarga keluarga kamu.
Semoga hanya yang baik baik sahaja akan limpah atas kamu dan keluarga kamu.

Mohon Allah setuju.

Aaaamin....

Ok stop. Let subuh#

- when I woke up everyday........-

Saturday, August 8, 2015

I just can't......

"Why u can't laugh and smile, same like u be with your friends?"

"Why u can't done joking and sulk same like u did with your friends?"

"Why your heart so cold and hard for me to touch it?"

My answers just - "I can't. My heart doesn't allow it".

**********************************

"I know your past but its remain a past"
"Till when you wanna stuck up like this"
"Not all mens in this world same"

My answer just - " I can't . My heart still doesn't allow it".

***********************************

"I'll promise you to keep care you till forever. I promise yang I tak akan pernah ingatkan you about your past love. And I will never left you behind. I janji"

And my answer just-

I can't , coz my SELF doesn't allow it.

Don't promise me something that you will never know and yet can't sure it will be just a words of promise or you really mean it.

Yes, kita manusia tak akan pernah tahu màsa hadapan. Dulu aku pernah pegang frasa "Kenapa Allah rahsiakan màsa depan? sebab Allah nak kita berusaha"

But because of that words I learned yang
Manusia juga akan sewenangnya menyerah dan lupa setiap janji.

Maybe you will never know,

aku pernah dijanjikan bintang setinggi Langit dan aku terbuai.
Aku pernah diangankan permata sedalam lautan dan aku terangau.

Tapi dengan hanya satu cubitan aku tersedar. Rupanya aku cuma bermimpi, dan masa tu aku sudah jauh terbang tanpa tali rupanya. Dan jatuh. Bukan luka bukan calar, tapi aku lumpuh.

Makanya kalau kau rasa aku akan terbuai dan terangau lagi. Maka kau salah.

Yang aku percaya JODOH itu adalah apabila dalam hati akan mula rasa senang dan nyaman walaupun tanpa 1 janji yang dilafazkan.

Dan itu,
Aku masih belum rasa.

And why I just can't laugh, smile, joke and sulk same like when I be with my friends.

Because - I just can't
And
Because - I'm a woman and you are the man.

**************************************

Kak nozi pernah cakap :

"Eqa, kalau jodoh kau sampai, kalau boleh laki kau tu jgn la lelaki yg suka berjanji sebelum kawin dik, lepas kawin lain.. Lelaki totally lain. Kau dengar la ckap akak".

And my heart said : " I know it Kak, I really know it".

Aku tahu.

Aku tahu aku tahu
aku tahu aku salah
Tuk memintamu tuk menungguku

Aku tahu aku tahu
aku tahu aku salah
Ini egoku menggantungkanmu

Ku mohon sabar-sabar sebentar
Beri aku waktu
tuk meninggalkan
Cinta lama yang masih bersamaku

Bukan maksudku untuk
mempermainkan dirimu

Cobalah untuk mengerti keadaan ini
Karna hanya kau yang bisa
memahami semua ini

#ungu

Monday, June 8, 2015

Thank you

Tak tahu nak mula macam mana.
Cukup aku kata-terlalu berterima kasih.

Tak perlu sebut semua nama-diorang tahu sapa diorang.
Dari kosong-dari jatuh, dekat situ aku bina balik hidup.

Pelan pelan-berkali kata nak berhenti
Sampai satu tahap aku keraskan hati biar berhenti.

Tapi ada mereka yang peduli.

Kak yus-my boss, tak pernah putus asa dengan aku sampai aku malu sendiri.
Slowly I'm learn to keep positive and positive, sampai aku jumpa titik selamat.

Berubah-sampai aku rasa sangat selesa.

Thank you guys,
Thank you Kak yus,
Thank you Maybank.

This is an awesome moments

But

I need to gain myself,
I need to improve for future.

"Kau ni asyik tukar kerja je"

*******************************

Ini dunia kejam, kalau ada peluang yang lebih baik, kau kena cepat-cepat ambik. Ingat.. Dunia makin kejam, kalau kau tak melompat sekiranya ada yang lebih baik maka kau adalah gila.

Sekarang semua perlu duit.
Lupa ke, kalau kau miskin harta
Maka manusia akan hina kau.

Lupa cerita lepas?
Mustahil.

Hari ni start tempat baru-setakat ni semua okay. Mudahan smpai keakhirnya.

Sekali lagi-thank you Maybank.

-moments-



Saturday, June 6, 2015

Tunggu

Aku tunggu apa?

Bukan.
Bukan keretapi

Aku tunggu masa.

Ya-masa lepas yang tersisa

Bisa-kah?

Hadir dan Pergi

Terkadang dia hadir untuk pergi
Meninggalkan satu corak dalam kanvas hidup

Supaya diajar hati
Merasa perit ditinggalkan
Membiasakan hati menumbuh rindu

Tidak ada yang wujud itu kekal abadi
Melainkan Tuhan Pencipta.

#kopipasta
#kopisusupunya.

She is .....

She is the girl,

That believes, that what comes around goes around.
The one that hopes for a better day.
The one that won't give up.

She is the girl,

That unlike the rest.
That pick herself up every time she falls.

*********************************

Terima kasih untuk cintakasih kalian.

Ada yang bilang

Ada yang bilang menatap langit
Sama seperti menatap diri sendiri
Karenanya bagi kami
Langit adalah metafora

Cara menyampaikan apa yang kadang
Terasa aneh untuk diungkapkan
Secara gamblang

Karena langit adalah candu
Ketika jenuh datang melanda
Membuat mu merasa
Ada yang mengertimu
Ketika dunia memandangmu berbeda

Aku ingin menjadi awan putih
Dibawah sinar matahari
Yang meski tak kau minta
Diam diam melindungimu dari terik matahari.

#kopipasta
#rohmatikal maskur

...ya Tuhan, terima kasih.

Friday, March 27, 2015

Potret

#addictedsong


Jauh terbawa lukisan hatimu.
Hilang mencari di mana kau pergi
 Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi

Hidup ini hitam putih 
Kehidupan di hari depan
Adalah pilihan yang kau rencanakan
Pada masa kalu.
Tetapi
Untuk terus utuh kukuh 
Dan terus menang untuk di hari depan
Kau harus segera lupakan cerita semalam.

#potret.

Friday, March 13, 2015

Bahagia

Sebelum mata pejam
Jalan jalan dulu - Cari bahan buat mata layu
Tiba dekat sini
Hati rasa debak.

Syukur? Sungguh2 melangit
Sepenuh umur aku
Ramai yang aku jumpa
Silih berganti hadir muka muka Baru dalam hidup aku.
Yang Beri 1001 cerita
Yang aku panggil rencana takdir 

Dalam 100 yang membenci aku
Aku tahu aku masih ada 1000 yang menyayangi aku.

Tahu apa makna nama aku
"Cahaya Kasih Sayang"
Sebab tu bila aku sayang
Aku beri rasa tu dengan sungguh2.

Dan aku yakin ramai yang sayang kan aku.

Aku tak pernah jemu cipta hubungan Baru.
Aku tak pernah jemu kumpul kenalan Baru
Sebab aku tahu aku akan semakin kaya dengan kasih sayang.


Di Yaumul Hisab nanti, andai aku tiada di syurga, carilah aku di neraka, dan tariklah aku agar aku dapat bersamamu, wahai sahabatku. 

Monday, March 2, 2015

Terang

There are two type of pains
One that hurts you
Two that change you.

One quote said:

I choose to be unstoppable
I am bigger than my concerns and worries.
The strengths of other inspire me daily.
I focus on my goal.
I trust my intuition.
And live a courageous life.

I trust that my future is greater than my past.

Sunday, February 22, 2015

Kesal

I regret nothing in my life
Even if my past
Was full of hurt and pain...

But...

I still look back and smile

Because...

It made me who I am today.

p/s: some of my friend pernah bagi tahu.. Jangan terlalu dikesalkan benda yang berlalu sebab sepahit mana sekali pun, tetap kita pernah rasa manisnya.. And yes I admit that...



Hanya satu.
Terima kasih ya Rabb

Jatuh
 Lalu Kau angkat aku semula
Jatuh lagi
Lalu Kau masih peduli 
Dan angkat aku kembali



Wednesday, February 18, 2015

Rancang

Rancang itu kita.
Penentuan itu Dia.

Tak - tak aku tak menangis.
Mungkin belum rezeki aku

Alhamdulillah
Mungkin belum Lagi
Mungkin juga bukan sekarang.

Takpe - selagi hayat masih ada
Aku tak akan putus asa
Esok lusa berkat izin Allah
Jadi aku punya rezeki
Tak kira-bertahun-berabad
Aku akan kejar
Sekarang terpaling utama
Pejam mata doa baik baik saja.

#kitabukananakorangkaya
#kumpulduitdulubarusambunglagi.



Cinderella
Kalau dia patah balik
Untuk ambik kasut dia
Tak mungkin dia akan jadi Cinderella kan

So let's focus and drive on
Trust on your capability
Trust on your inner
 Mari melukis yang indah indah


#2015-imready.

Senyum

Always thought
that I could be your my own
They make me feel alive
And i don't feel alone..

Terbang terbang tinggi
walau tanah di kaki kan ku cari langit...

Terbang terbang tinggi awan biru menanti bersama pelangi...

#Alhamdulillah...

Wednesday, January 28, 2015

Bait lagu

Macam selalu - dari lagu
Aku kutip lirik

*********************

Tak bnyak lagu pun yang aku simpan-yang mana aku suke dengar tu-yang tula aku ulang2 dengar setiap hari smpaila mati sendiri. Nak list semua malas.. So adios amigos..

Bukan mahu tunjuk diva
Bukan nak mengada
Tapi ku takut kecewa selalu
Jaga jaga hati jaga jaga nanti
Kalau Ku hampa Kau kan rasa
Kalau ku terluka Kau pun kan Sama

#ecececeh...sengih sikit.

Tuesday, January 27, 2015

Aku tanya apa khabar

kadang kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku

#hehehehehe..Itu kan lirik sajo

**********************

Jangan pernah berhenti tersenyum
Sebab dunia sangat peduli
Tarik nafas dalam dalam
Tepuk dada pelan pelan

Ah rindu itu masih disitu
Tetapi mari kita olah
Yang terpaling utama
Kehidupan dihadapan
Pilihan hari ini untuk hari mendatang

Ahhh tepuk lagi
Rindu.. Tapi mari senyum
Duhai diri - perjalanan engkau bakal bermula lagi...Jangan gentar...


Saksikan dengan Mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya Kau terbang
Siapa sangka
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama...
Jangan pernah berhenti untuk senyum
Kerana senyum kekuatan jiwa
Kerana dalam berjuta manusia tercipta
Bila takdir tepat pada tempat dan waktu
Segala ketakutan untuk berdua akan hilang
Jangan difikirkan yang tidak tidak.
#senyum dan terus berjalan.




Monday, January 26, 2015

Perfect sepuloh

Holla...
Many things nak update tapi malas.
Hahaha..

Btw, like weekend - before.
Mmg nak kene full kan..
Cite lain nnti Kat entry lain Lah..
Then this sabetu and hahad
There's so many crazeeeee-ness
And yeah its awesome..

Apart of it, pegi nonton..
Start jmaat - taken 3!
Aku follow all the taken..
Taken 2 tengok Kat genting dulu..
I'll still remembered. Don't u?

Then sabtu ahad aku bantai cerita
Suamiku encik perfect 10..
Hahaha mesti org kata aku gila.
Tengok bnyak kali..
Nak buat macam mana..
Dah aku suke hahaha.. Dulu dari zaman study asal ade je cerita Lisa surihani.. Confirm aku pergi.. Confirm!!
Then sejak terselut dengan macam macam hal - all my routine, all my favor change..

Ok ok- tak mahu fikir benda belakang..

Hurmm kenape aku suke cerita ni?

Sebab Ada Lisa surihani hahhh
No la sebab, karakter Lisa and the song hahaha

Lagu siti ooiiii!
Karakter Lisa...

Degil - suke fikir and buat andaian - susah untuk percaya cakap orang - keras kepala - cepat menangis - and bla bla..

The most part.. Arghhhhhh baju and dress Lisa pakai same macam aku punyee..

Hahahaha ok bye.

Monday, January 19, 2015

Kuat.

Kenekuatkenekuatkenekuatkenekuat Janganjatuhjanganjatuhjanganjatuh Kenekuatkenekuatkenekuatkenekuat Janganjatuhjanganjatuhjanganjatuh Kenekuatkenekuatkenekuatkenekuat Janganjatuhjanganjatuhjanganjatuh Kenekuatkenekuatkenekuatkenekuat Janganjatuhjanganjatuhjanganjatuh Kenekuatkenekuatkenekuatkenekuat Janganjatuhjanganjatuhjanganjatuh Kenekuatkenekuatkenekuatkenekuat Janganjatuhjanganjatuhjanganjatuh Kenekuatkenekuatkenekuatkenekuat
Janganjatuhjanganjatuhjanganjatuh

Sunday, January 18, 2015

Choti bhaiya...

Arghhh suppose minggu ni ade plan xtvt lain lagi..
Tapi nk jdi cerita, brother tu tak organize event pulak minggu ni.

So pepagi sabtu dah cabut balik kampung baq hang...

Then petang keluaq sat dgn anak menakan.. Si julia nak beli barang sekolah. Amir pulak nak cari barang die..

So pi la bawak sat... Balik dh malam..
Pi dapuq, dok buat pa patut dengan mak lepas ja makan dok teringat kalau zaman dulu dulu ghajin gak aih buat menda ni.. Tu kata la ni ka?..... Xdak la...

Tapi tibe-tibe rase nak buat..
Dulu paling tidak pun 2 minggu sekali selalu buat..
Buat ape?  Sental badan dengan muke hahaha...

Antara beras pulut, serbuk kopi dengan kelapa..
Yesss gua pilih kelapa sebab beras pulut dgn kopi dia kasar sikit...
Kalau kelapa dia soft sikit..
But Ye Ye Ye  Ada bau sikitlaa.. Kalau beras pulut dengan kopi die wangi sikit..

But then aku suke kelapa sebab die akan keluar minyak so automatically die akan bagi kulit ko kelembapan... Well now on kene jaga la kah kah kah kah...yang Bab bau tu bukan ape pun die macam bau santan la.. Sebab tu buat sabtu better so ahad tu dah boleh cover dah... Hokeiiii..

And look at me... Hahahahaha...
Ehh please I x guna apps 360 hokei...

Lighting... Tp kalau bukan sebab lighting pun I memang dah awesome hahahaha... Cewi sikit pa salahnya... 

What ever...!

Friday, January 16, 2015

Janji

dalam hidup akan selalu dan sentiasa ada orang yang akan benci-bercakap buruk-khianat dan segala macam negative act lagi kepada kita.

But that's not mean and not even a reason for me to stop walking and reach the flying color line..

Well hey, start now I am the hero of myself.. Beat me, hurt me... U think u can?..

Naaaaa... Let's laugh..

**************

Dear hati - Dear jiwa

Saya janji awak tak akan sakit lagi
Saya janji awak tak akan debak lagi
Saya janji awak tak akan kecewa lagi
Saya janji awak tak akan rasa yang sama lagi
Saya janji yang akan ada cuma penuh dengan rasa sayang dan gembira
Saya janji awak akan terus senyum dan ketawa

Dear hati - Dear jiwa

My bad, my mistake..
Buka awak dan biarkan orang lain jaga..
I'll promise itu yang terakhir kali
After this I'll never ever trust any single words anymore..
I'll never ever pick any promise from anyone anymore..

Dear hati - Dear jiwa
There's no more...
I'll close you back and lock it.
I throw the key and hope have no one can find it...
Until the day that never get to know..
For now on-I'll promise to keep u safe..
I'll promise will never get back and face for the same thing again.

Who said without men kita kalah
Who said without men kita jatuh

Let's show it..

Thursday, January 15, 2015

Throwback

Fraser...

Itu tempat nak bertenang paling aku suka.
Start pergi dengan geng 'kita'..Small and no hanky panky town..aku selalu rasa tempat tu sangat dekat dengan aku..Bile serabut kepala otak

Tekan je minyak- berdesup naik atas. Pergi sorang pun aku takde hal..Tempat tak tercemar lagi... Its fresh!..I'm a green nature lover! Indeed!...Kat situ jugak tempat ade satu kenangan...Kat situ jugak tempat ade satu cerita.

Jadi untuk buang cerita tu aku kene create cerita Baru..So naik lagi sana...kali ni aku bawak cerita berbeza.

Kan aku dah kata Allah selalu dtgkn kawan kawan yang baik... Dan mungkin kebetulan. Both of them sorang Dari utara sorang Dari pantai timur.Sana macam Fiza dgn fairus. Tpi kali ni nama diorang zima n Mimi.. Officemate yang rupenye sekepala bile nak buat xtvt jantan ni... Kahkahkahkah..

So hari tu before naik.. Pegi trekking dulu.

Nothing much to update.

Just Fraser u r my second home I guess.



#someone told me that. 
"You mane boleh hidup takde jantan..you tak kan boleh berubah"

Hurmmm is that a challenge for me my dear? 
#keep smile.

Orang Kate bile kita dah umur 40 macam mana perangai kita time tu.. Macam tu la smpai ke mati...but then I'm still not step on that age.. So I will try my best.

Xboleh hidup takde jantan? Thanks God till today I still alive to see and baca all of what u said to me.  Then okay, I'll take it as a challenge.. 

But one more thing the fact n the truth is, no matter what you do soon and wherever you go soon..ull never can forget me.. Itu fakta.

I'll keep smile because I'll promise my self that I'll never cry for this matter anymore. 
 I pernah warn-dont ever to fall in love with me because ull never get to forget me until the dot of your life. 
 Kita boleh tipu satu dunia-tapi kita tak boleh tipu diri sendiri. Dan kalau orang tu tipu pun kita tahu dia tipu.
And I know yes u love me even I Kate I tak pernah percaya you.. But hey.. Look don't mad at me. This is my blog so up to me nk jot ape pun. And yes this is for you. And you know who you are.
2015- I'll decide to stop my heart beat for you. Coz I'm sick and tired to run for it..
Yes I know u love me but the facts is you tak akan mampu pertahankan I dari serangan sekeliling you.

So let me be HERO for myself.. Coz I know I lebih bagus and kuat untuk defend diri sendiri.
Last but not least.. Trust me, for the whole of your life you tak akan mampu lupakan I.. Tak akan pernah. Walaupun you tipu satu dunia bahawa you dah lupakan I..but the facts is you are not walaupun sehari... If its can claimed as a cursed.. Then I said yes. Sebabnye satu je you memang pernah sayangkan I.. This is what we choose and we need to responsible.
Take a good care abang.  




#keepsmile #itstimetoflyagain.

Thursday, January 1, 2015

tick tock - knock knock

it's tick tock the time
it's knock knock the day

2014 please go away.
ohhh..by the way- bouquet of thanks
for all the moments and treats..
u've give me a lot lot lot experience.

#smile - and no more tears. (sumpah! tak menangis)

intai sekejap 2014
banyak sungguh - sungguh banyak
rentetan.. buat terfikir - bagaimana
aku still bernafas dan berjalan sampai saat ni

***************************
"fikir baik-baik.. fikir dalam-dalam. bukan sekali aku cakap, dah berjuta. tak ada org boleh tolong kau melainkan kau"

"kalau kau rase boleh hidup dengan perasaan sayang yang dia cakap. so kau bodoh sebab still tak keluar dari dunia penipu, eh kau ni memang akan mati sia sia"

"aku tak tahu la samada kau buta atau kau buat buat buta.  yang pasti dia cuma jadi kan kau boneka, alat tahu tak, untuk dia gempak kan "W" die untuk die dapat apa yang dia nak. Dia cuma nak "W" die berubah jadi mcm apa yg dia hope, so dia guna kan kau untuk buat "W" die kelam kabut and start change.  so now see plan dia berjaya. dia dapat happiness yang dia nak, and they start happy together. Bahagia melambung yang kau? And all the bad things yang buruk semua atas bahu kau tau.. sekali lagi kau memang bodoh..dah kene maki hamun, kene carut, nyawa separuh badan macam nak kene cabut,  still nak lagi. orang dah guna kan kau sampai life and future kau hancur pun kau still percaya dia sayang kau.  ini bukan tahap bodoh dah ni.. kau fikir sendiri. "
********************************

ok enough!!!
that's it. berhari hari dalam kepala.
boneka ke ape ke..  what's so ever
dunia ni berputar - and tahu Allah tak pernah tidur.

okay fullstop 2014.
banyak sangat dah. u've test me a lot my dear 2014.
sampai kadang rase tak boleh bernafas.
okay. enough. sekarang yang utama

ya Allah

Tambahkan kekuatan pada aku punya bahu untuk hari mendatang.
Tambahkan keutuhan pada aku punya hati untuk sebarang rasa yang menipu.
Tambahkan gelak ketawa pada aku punya suara tanpa rasa gelisah
Tambahkan senyum pada aku punya bibir tanpa sebarang tangis.

punca kuasa nya-petuanya

aku punya satu topeng.
aku nama kan topeng bahagia
setiap hari keluar rumah aku sedia pakai.
pulang kembali,
aku buka dan cuci bersih bersih untuk Pakai di esok hari.

#bonekahekluu
#tahniah
#Assalamualaikum2015

yang atas penah cakap-masa tu aku tanya kalau dia rasa malu and taknak kawan dengan aku dah sebab aku selalu buat silap takpe aku faham. tapi dia reply walau ape pun jadi, dia tak akan tinggal aku sebab dia taknak aku terus hanyut kalau aku silap.

yang bawah pulak - satu masa dulu aku pernah menangis teruk dekat riba dia. dia antara orang yang kuat protect aku sampai aku rasa sangat selamat.  aku penah cakap,  there's no more orang yang akan sayang aku dah.  but she's reply..  siapa yang datang dalam hidup kita macam jari.. satu pergi, then ada 4 lagi jari.. and dalam 4 tu tetap akan dia..

Allah sangat baik sebab selalu hadirkan aku kawan yang sungguh sungguh sayang kan aku dan kekal lama. yang tak sungguh sungguh selalunye memang cepat pergi.

ohhh btw,  December is month for my birth..  and yes, I'll never celebrate it..  because that's not important but for this year,  this is awesome guys..  thanks....

noted!