Followers

Tuesday, December 2, 2014

sumpah

mood hari ini sedikit kucar
maka aku bertahankan jiwa
dengan mengunyah sendiri aksara

ini lagu ini - ini lirik ini
yang aku kepalkan
menjadi dinding kepung
untuk hati jiwa dan rasa
yang berkali terdera
oleh dia si penipu cinta
orang yang sama.

****************************
by: find jamal.

Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati

************************************

sumpah aku rindu
rindu pada bayang si penipu
yang hilang.

bak kata sahabat.

"rasa rindu tu boleh bikin seseorang jadi sawan. kerna bila kala rasa datang tiba tiba. maka percayalah rasa akan pergi tanpa kau sedar.
maka kau harus bertahan dan sedaya melawan.
apatah lagi kau pernah memilikinya dan kau pulangkan semula tanpa sebenar kau rela.. 
ingat satu ayat,  mungkin kau tak dibersamakan dengan dia walau seribu kali namanya kau titip dalam doa sebab kau akan dibersama dengan seseorang yang sejuta kali menyebut nama kau dalam doanya"..

Jangan dikejar bayang bayang
sebab ia tak mungkin bisa digapai.
Jangan bahagia pada redup malam
sebab musuh sentiasa menghukum ketika redup.
Jangan dibenci terik mentari
sebab tanaman subur bersama cahaya.

satu saat bila mana kau mula merasa rindu yang kau tinggalkan tanpa beria.
saat itu aku sudah jauh.  Dan aku tinggalkan rasa rindu yg kau berikan.

cukup aku tak mahu simpan ia lagi.
cukup aku tak mahu baja ia lagi.
sebab
yang terus tertipu cuma aku.

#noted

No comments: