Followers

Monday, December 29, 2014

debak

2612 - seharusnya 12 purnama cerita nya. 

********

kalau bisa dipadam dari kalendar
maka aku mahu tapi ledani hari
maka aku harus berdepan
mengunyah segala cerita

kumpul kekuatan dikit demi dikit
kalau pun cuma aku yang teringat
maknanya dangkal yang direbus kian pekat.

curhat ini - ketegangan ini
tak akan mampu difaham
kerana debak rasa itu  di sini.. 
aku punya hati

"ini jalan yang u pilih"
"u tak sabar,  ikut hati"

dan segala macam tohmah
tak mengapa - kerana semua manusia bermain dengan istilah - suatu hari.

percayalah - kalaupun kalian berdiri diatas para yang sedang aku pijak
kalian tak akan mampu mengimbangi diri. lantas dan lalu apakah hak kalian untuk berkata-kedangkalan aku dan ketidaksabaran punca segala.

aku diajak berperang bersama
aku dijanji kebersamaan dalam berjuang
tidak akan terlepas genggaman tangan untuk berpaut. maka aku bersedia
dengan kekuda dan baju kebal tanpa senjata.
tiba detik-tika petir guruh berdentum.
kilat sabung menyabung.
tangan yang menggenggam hilang
bayang juga hilang
kita sudah di medan perang sayang.
tapi yang tinggal cuma aku.
mana si pemberi janji? hilang tanpa bau
hilang tanpa berita.

maka aku masih berjuang bermatian
tapi cuma aku. sendiri.

maka sekarang kalian Jawab kan untuk aku.
lantas untuk apa yang aku perjuangkan
kalau yang Luka yang lumpuh aku yang rawat sendiri.

Dan sipemberi janji dengan senang hati
kecapi kehidupan yang diimpi telah diberi
**************

hey,  look..
I'm only in this age..
but look
apa yang aku depani
maka Jawab kalau kau yang berpijak
di atas para yang aku sedang berdiri
apakah kau mampu mengimbangi diri?

lihat apa yang kau temui sekarang?
lihat kebahagiaan apa yang kau kecapi sekarang?

once- cuma sekali Sahaja.
tak pernah ke kau terpaling kebelakang
saat kau yang datang - bukan aku
saat kau yang mencari - bukan aku
saat kau yang berjanji - bukan aku
saat aku betul betul menarik tangan
untuk pegi tapi kau menahan
1001 keyakinan kau pasak
apakah kau lupa?

ye sudah. dia sudah lupa.
sebab apa yang dia mimpi dan mahu dan harapkan sudah terlukis dan miliki.

lantas apa guna lagi boneka seperti aku.

"babe.. kau anggap jela Tuhan hantar kau sentuh hidup diorang,  kau goncang untuk diorang betulkan semula apa yang mungkin diorang terlepas pandang"

.... dengan pertaruhkan hidup aku? dengan caci maki, tempik hina yang aku dapat? ....

"Dugaan yang dahsyat pun ada janji Bahagia yang hebat, cuma belum smpai masa"

*anggukan kepala*

baiklah

Ya Tuhan..
diusia begini-kalau ini yang harus
maka aku mohon kukuhkan keseimbangan aku.

atau

ya Tuhan - kau gantikanlah hati ini
dengan yang baru.
atau mungkin kau bekukan ia
dari sebarang rasa yang memungkinkan
aku untuk kecewa kali ketiga.
sungguh aku xmahu.  maka kau hapus kan seketika segala debak rasa.

kalau aku cuma boneka
yang hadir dalam hidup mereka
sebagai penggoncang supaya mereka terkesan dan mula mencipta Bahagia.
maka cukupla untuk yang ini Sahaja.

Dan aku sujud mohon
hentikan setiap rindu yang kau salur
dalam setiap nafas aku setiap hari.

rindu ini umpama
kau baling satu bola tennis pada dinding yang keras dan kemudian ia lantun semula pada kau.

sakit bukan?

Tuesday, December 2, 2014

sumpah

mood hari ini sedikit kucar
maka aku bertahankan jiwa
dengan mengunyah sendiri aksara

ini lagu ini - ini lirik ini
yang aku kepalkan
menjadi dinding kepung
untuk hati jiwa dan rasa
yang berkali terdera
oleh dia si penipu cinta
orang yang sama.

****************************
by: find jamal.

Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati

************************************

sumpah aku rindu
rindu pada bayang si penipu
yang hilang.

bak kata sahabat.

"rasa rindu tu boleh bikin seseorang jadi sawan. kerna bila kala rasa datang tiba tiba. maka percayalah rasa akan pergi tanpa kau sedar.
maka kau harus bertahan dan sedaya melawan.
apatah lagi kau pernah memilikinya dan kau pulangkan semula tanpa sebenar kau rela.. 
ingat satu ayat,  mungkin kau tak dibersamakan dengan dia walau seribu kali namanya kau titip dalam doa sebab kau akan dibersama dengan seseorang yang sejuta kali menyebut nama kau dalam doanya"..

Jangan dikejar bayang bayang
sebab ia tak mungkin bisa digapai.
Jangan bahagia pada redup malam
sebab musuh sentiasa menghukum ketika redup.
Jangan dibenci terik mentari
sebab tanaman subur bersama cahaya.

satu saat bila mana kau mula merasa rindu yang kau tinggalkan tanpa beria.
saat itu aku sudah jauh.  Dan aku tinggalkan rasa rindu yg kau berikan.

cukup aku tak mahu simpan ia lagi.
cukup aku tak mahu baja ia lagi.
sebab
yang terus tertipu cuma aku.

#noted