Followers

Saturday, November 8, 2014

nilai

Badan kalau busuk
boleh pakai minyak Wangi

Mulut kalau busuk
boleh pakai ubat gigi

Pakaian kalau Kotor
boleh pakai sabun
siap boleh tambah softlan segala

Tapi kalau
Hati busuk - Hati kotor

Terjunlah dalam kolam minyak wangi
Mandilah dengan setempayan pewangi
Mana mau jadinya dia.

Sentiasa mau tuduh bukan-bukan
Sentiasa mau serkap jarang orang punya jalan
Seolah-olah orang lain tak ada masa depan untuk curi dia punya kehidupan
Padahal dia pun pemusnah orang lain
punya hidup-siap tolong pacak batu nisan

Letih melayan
Sentiasa ambik bayang orang lain
Lepas tu banding dengan bayang sendiri
Kemudian rasa bayang sendiri
Lebih bagus - Lebih mulia
Tak sedar warna bayang manusia
Semua sama.

Betul la-usia kalau setengah abad
Tapi kalau perangai dan hati
still macam tu
Memang payah nak betulkan
Sebab-dah sebati dengan kehidupan
Nak ubah? Doa banyak2 tunggu
Keajaiban.

Nak tahu siapa dan macam mana
Sebenarnya diri kita?
Tengok masa kita tengah sendiri
Tengok macam mana kita berfikir
Tengok macam mana kitasa

So? Diri sendiri yang lebih kenal diri sendiri sebenarnya.

Jangan tengok hidup orang lain lepas tu banding dengan hidup awak - rasa hidup awak lagi bagus dan hidup orang lain tak.
Itu sangat "pathetic".

Nak banding jugak? Silakan.
Memang saya tak ada apa-apa sekarang.
Jadi?
Ya memang betul awak lebih hebat
Sebab masa awak seusia saya
Awak dah ada keluarga-anak-harta segala.
Jadi?

Apa yang kita ada berbeza-beza. Semasa usia awak 20an mungkin awak begitu begini. Tetapi Allah aturkan ketika saya 20an saya akan begini begitu.. 

Tak apalah - semoga bila kala saya di usia awak Sekarang, saya juga dah punya semua.

Saya masih ada masa lagi untuk sampai.         Semoga Dia perkenan. Dan semoga jugak saya tak bongkak dan angkuh dengan kehidupan. Takut takut bila Dia beri ujian, saya buntu dan silap pilih jalan penyelesaian.

Saya taknak terlupa bahawa apa yang kita punya bukannya kita punya yang hak

Bila bila masa boleh kene ambik
Walau bagaimana cara.

Itukan perjanjian kita dengan tuhan
Masa 3bulan lagi dalam kandungan
Masa tu kita janji akan terima segala ketentuan.
Then Allah perintah malaikat tiupkan roh-masa tula qada dan qadar kita diiringkan.
Kita lahir kedunia dah bawak buku amalan dengan buku takdir kehidupan
Masa tu depan tuhan dah janji untuk terima - tapi bila di dunia?
Lupa?- Allah panggil balik
Dia sentuh dengan ujian

Lepas tu? Sendiri mahu ingat
Sendiri mahu tahu
Sebab sendiri punya perangai.

*******************************

Kan dah ckp kalau tak percaya dengan pasangan
Jangan bagi keluar
Ikat dekat tangga pasang CCTV 24jam
Haishhhh.....
Kalau dah Allah kata ya
Kot tak jadi dengan aku
Dengan orang lain pun boleh.

#talktomyhand.

#skrol dekat fb lepas tu nampak yang ni.

#Hidup ni roda - hidup ni macam lautan
Kejap dekat atas kejap dekat bawah.
Hidup ni ada pasang surut. Yang penting
Kene sentiasa terima apa yang Dia dah tentukan. Kita memg boleh betulkan, tapi bukan dengan cara menganiaya orang lain punya kehidupan. Dan hidup pun jangan selalu rasa diri teraniaya.. Selalu usaha untuk penambah baikkan. Baik untuk diri atau hidup.

Sekadar gambar - tak semestinya lelaki
Kadang perempuan pun boleh..
 


No comments: