Followers

Saturday, May 12, 2012

Dia dan Kotak kosong


dia ada sebuah kotak.
kotak yang sentiasa disisi.
mana-mana pergi kotak tetap dikelek
orang yang memandang pelik?
Namun itu bukan masalahnya dia.
Mulut-mulut bertanya,
namun dia diam
membiarkan seribu persoalan terbang bersama angin.
Ingin disentuh, dia pantas tepis melarang.
Ingin dilihat isi dalamnya, matanya dia laju melirik tajam.
Amaran!
kotak tak pernah ditinggalkan.
utara, selatan, timur dan barat. Kotak tetap setia disisi.
Hujan,panas,badai,taufan.....
kotak tidak pernah berganjak, malah melekat dengan lebih kuat.
Benci nya mereka lihat.
satu malam, mereka menceroboh, merempuh amarannya dia.
lalu dibukanya kotak.

kosong. kotak itu kosong.
tiada apa-apa.

dibawahnya kotak tertanda aksara

"kotak ini kosong untuk matanya yang tertutup. kotak ini penuh untuk matanya yang terbuka. seribusatu rasa melimpah didalamnya. sejutadua kata yang termadah didalamnya. "






.: kadang-kadang bila dia berlagak biasa, jiwanya mendera agar ada siapa yang datang memegang bahunya dia, dan berkata. cukuplah lagaknya kuat. bahu ini bisa dipinjamkan untuk bersandar. dan bila dia berkeras, kerana ego nya dia menembusi langit ketujuh. cukuplah siapa bisa berkata, teruskanlah kerana kau istimewa seadanya kau :.
-itu sahaja-

6 comments:

Harith Iskandar said...

kalau boleh sy nk buang yg kosong2 dlm paler ni ke dlm kotak kosong tu.biar kosong paler yg serabut ni..serabut dgn mende2 yg kosong..

p/s:nk kene nyanyi lagu kosong-kosong ker... :p

Camy Alya said...

kalaulahh, walaupun kotak itu nampak kosong ia sebenarnya penuhh. sebab itu dikelek setiap hari. orang lain tak akan faham. hanya kita. kita yang memegang kotak tu ^^

btw, nice!

Qaseh said...

HI : kalau boleh dibuang batu-batu kecil dalam otak ni pun, hari-hari dah buat.. jadikan hobi. supaya kepala ni tak berat sangat..

CA. : Mata yang memandang takkan sama dengan bahu yang memikul kan...

Camy Alya said...

betul betul. orang lain takkan tahu apa yang kita rasa. mereka tak faham. hanya tahu mencerca dan menghina. tipikal.

cha'e said...

ya. . cukuplah kerana kita istimewa seadanya ;)

Qaseh said...

CA : itu kelebihan manusia yang semula jadi.. tulikan telinga, kentalkan hati.. itu sahaja cara.

Cha'e : hanya manikam yang mengenal jauharinya... ;)