Followers

Thursday, May 10, 2012

Dalam Suara Seorang Perempuan

(cuma sekadar gambar)

perempuan berhijab
perempuan lurus atau kerinting mahkotanya
perempuan yang seorang nenek,ibu,kakak,adik
dan segala susur galur
perempuan yang seorang teman,rakan dan taulan


ini untuk kalian.


dalam suara seorang perempuan
wujudnya sungai yang mengalir jernih
sejuk mendamaikan
sang malam ingin segera datang
sang ribut juga segera mahu mereda
kerana
dalam suaranya seorang perempuan
ada kelembutan


dalam suara seorang perempuan
wujudnya pokok penaung
tempat berteduh
unggas yang terbang
ingin segera ke sarang
kapal yang belayar
ingin segera sampai ke pelabuhan
pengembara diseberang
mahu segera pulang
kerana
dalam suaranya seorang perempuan
ada perlindungan


dalam suara seorang perempuan
wujudnya unggun yang marak
pejuang yang hampir tewas
bangkit semula menjadi pahlawan
bintang yang hampir malap
sirna semula membawa seri
pohon yang hampir menyembah
tumbuh semula subur menghijau
kerana
dalam suaranya seorang perempuan
ada kekuatan





dan aku hargai itu, aku hargai dia, aku hargai mereka, aku hargai aku
jadi
kau dan kalian hargailah dia, hargailah mereka
dan
hargailah aku.

itu sahaja sudah cukup...




-note off!-

3 comments:

Harith Iskandar said...

sy suka lihat kelembutan dlm diri setiap perempuan, namun ssekali ada juga getarnya bila lihat ada kekuatan disebaliknya... :)

pisau belati said...

kelembutan seorang wanita,mampu menghancur 1 dunia.

Qaseh said...

Harith : tak semua org boleh tengok disebaliknya perempuan tu.. :)

PB : itu lah kuasa tgn si penghayun buaian..:)