Followers

Monday, May 14, 2012

angin lintang




angin lintang
tolong berhembus sampai ke sana
khabarkan pada dia, aku disini sentiasa cara akan dirinya
tapi maaf
aku tak bisa untuk pamerkannya


angin lintang
tolong bertiup sampai ke sana
bisikkan pada dia, aku disini selalu peduli akan dirinya
tapi maaf
aku tak bisa untuk zahirkannya

angin lintang
tolong berlalu sampai ke sana
berbicara pada dia, aku disini sering khuatir akan dirinya
tapi maaf
aku tak bisa untuk lihatkannya


angin lintang
khabarkan,
bisikkan,
bicarakan pada dia
bilamana, dia rasa seakan terjatuh dan mengaduh
lihatlah dia ke langit dan bertadah tangan..
bicarakan segala pada DIA

kerana
caranya aku,
pedulinya aku,
khuatirnya aku
telah aku minta pada Dia,
bila-bila dia dibawah meminta jalan
lalu DIA diatas memperkenan
jangan sekali berputus asa.
itu pohonnya aku.

tolong angin lintang
tolong khabarkan pada dia.



#aku tak punya kekuatan untuk pamer, zahir dan lihatkan
segala sirat belirat akan rasa aku pada dia.
walau rasa itu sudah berani mencemar duli dalam hati!
tapi aku belum berani untuk meletakkan dia di takhta itu
takut-takut, jika bukan dia rajanya.
dan aku bukan manusia yang berani
untuk merasa kecewa yang seterusnya.
aku juga percaya, akan tiba masa, jodoh sampai juga.
entah siapa dan bila, aku tak pernah punya idea.
kerana itu, rasa suka yang bertandang,
aku biar sahaja,
kerana otaknya aku berkata,
itu mungkin cuma rasa singgah yang dibawa angin.
lalu aku serah dan biar otak dan hati berbicara pada DIA,
jika DIA perkenan, maka akan didekatkan aku dan dia. #



3 comments:

Ninaaa said...

Kita mmg sedang dalam situasi yg sama. Kalau boleh aku minta supaya dia juga rasa apa yg aku rasa. Setiap kali di sejadah aku memohon setiap kali sebelum tidurku aku meminta. Tp aku rasa Tuhan belum sedia nk makbulkan doaku.

Angin lintang, pergi ke terengganu segera, sampaikan salam rindu aku ini buat dia. Hehe

Encik Atan said...

terbaik!

Qaseh said...

ninaa : kalau aku punya angin lintang berbotol2, aku akan pinjamkan satu untuk kau...


Atan : xie xie ni atan...~