Followers

Monday, May 14, 2012

angin lintang




angin lintang
tolong berhembus sampai ke sana
khabarkan pada dia, aku disini sentiasa cara akan dirinya
tapi maaf
aku tak bisa untuk pamerkannya


angin lintang
tolong bertiup sampai ke sana
bisikkan pada dia, aku disini selalu peduli akan dirinya
tapi maaf
aku tak bisa untuk zahirkannya

angin lintang
tolong berlalu sampai ke sana
berbicara pada dia, aku disini sering khuatir akan dirinya
tapi maaf
aku tak bisa untuk lihatkannya


angin lintang
khabarkan,
bisikkan,
bicarakan pada dia
bilamana, dia rasa seakan terjatuh dan mengaduh
lihatlah dia ke langit dan bertadah tangan..
bicarakan segala pada DIA

kerana
caranya aku,
pedulinya aku,
khuatirnya aku
telah aku minta pada Dia,
bila-bila dia dibawah meminta jalan
lalu DIA diatas memperkenan
jangan sekali berputus asa.
itu pohonnya aku.

tolong angin lintang
tolong khabarkan pada dia.



#aku tak punya kekuatan untuk pamer, zahir dan lihatkan
segala sirat belirat akan rasa aku pada dia.
walau rasa itu sudah berani mencemar duli dalam hati!
tapi aku belum berani untuk meletakkan dia di takhta itu
takut-takut, jika bukan dia rajanya.
dan aku bukan manusia yang berani
untuk merasa kecewa yang seterusnya.
aku juga percaya, akan tiba masa, jodoh sampai juga.
entah siapa dan bila, aku tak pernah punya idea.
kerana itu, rasa suka yang bertandang,
aku biar sahaja,
kerana otaknya aku berkata,
itu mungkin cuma rasa singgah yang dibawa angin.
lalu aku serah dan biar otak dan hati berbicara pada DIA,
jika DIA perkenan, maka akan didekatkan aku dan dia. #



Saturday, May 12, 2012

Dia dan Kotak kosong


dia ada sebuah kotak.
kotak yang sentiasa disisi.
mana-mana pergi kotak tetap dikelek
orang yang memandang pelik?
Namun itu bukan masalahnya dia.
Mulut-mulut bertanya,
namun dia diam
membiarkan seribu persoalan terbang bersama angin.
Ingin disentuh, dia pantas tepis melarang.
Ingin dilihat isi dalamnya, matanya dia laju melirik tajam.
Amaran!
kotak tak pernah ditinggalkan.
utara, selatan, timur dan barat. Kotak tetap setia disisi.
Hujan,panas,badai,taufan.....
kotak tidak pernah berganjak, malah melekat dengan lebih kuat.
Benci nya mereka lihat.
satu malam, mereka menceroboh, merempuh amarannya dia.
lalu dibukanya kotak.

kosong. kotak itu kosong.
tiada apa-apa.

dibawahnya kotak tertanda aksara

"kotak ini kosong untuk matanya yang tertutup. kotak ini penuh untuk matanya yang terbuka. seribusatu rasa melimpah didalamnya. sejutadua kata yang termadah didalamnya. "






.: kadang-kadang bila dia berlagak biasa, jiwanya mendera agar ada siapa yang datang memegang bahunya dia, dan berkata. cukuplah lagaknya kuat. bahu ini bisa dipinjamkan untuk bersandar. dan bila dia berkeras, kerana ego nya dia menembusi langit ketujuh. cukuplah siapa bisa berkata, teruskanlah kerana kau istimewa seadanya kau :.
-itu sahaja-

Thursday, May 10, 2012

Dalam Suara Seorang Perempuan

(cuma sekadar gambar)

perempuan berhijab
perempuan lurus atau kerinting mahkotanya
perempuan yang seorang nenek,ibu,kakak,adik
dan segala susur galur
perempuan yang seorang teman,rakan dan taulan


ini untuk kalian.


dalam suara seorang perempuan
wujudnya sungai yang mengalir jernih
sejuk mendamaikan
sang malam ingin segera datang
sang ribut juga segera mahu mereda
kerana
dalam suaranya seorang perempuan
ada kelembutan


dalam suara seorang perempuan
wujudnya pokok penaung
tempat berteduh
unggas yang terbang
ingin segera ke sarang
kapal yang belayar
ingin segera sampai ke pelabuhan
pengembara diseberang
mahu segera pulang
kerana
dalam suaranya seorang perempuan
ada perlindungan


dalam suara seorang perempuan
wujudnya unggun yang marak
pejuang yang hampir tewas
bangkit semula menjadi pahlawan
bintang yang hampir malap
sirna semula membawa seri
pohon yang hampir menyembah
tumbuh semula subur menghijau
kerana
dalam suaranya seorang perempuan
ada kekuatan





dan aku hargai itu, aku hargai dia, aku hargai mereka, aku hargai aku
jadi
kau dan kalian hargailah dia, hargailah mereka
dan
hargailah aku.

itu sahaja sudah cukup...




-note off!-

Tuesday, May 8, 2012

.: Cherita Dalam :.


Aku cuma mahu bilang
A kate aku garang
B kate aku gila
C kate aku kasar
D kate aku hyper

hei dengar sini

Aku memang begini
mungkin juga bukan begini
tapi aku punya hati
yang tak pernah mahu berhenti
untuk ambil tahu dan peduli
akan datangnya nanti

"dia"
yang melihat aku disebalik aku