Followers

Wednesday, February 2, 2011

andai mampu aku bertanya

andai mampu aku bertanya kepada Tuhan
aku mahu bertanya

berapa banyakkah lagi airmata yang tersimpan
berapa banyakkah lagi kesabaran yang tersimpan
berapa banyakkah lagi senyuman yang berbaki
berapa banyakkah lagi ruang hati yang belum terhiris
berapa banyakkah lagi ruang kosong di pendengaran

belum cukup kuatkah aku?
belum cukup tabahkan aku?
belum cukup sempurnakah air mata yang tertumpah?

sampai bila, apakah lagi, mengapakah, siapakah?

andai mampu aku bertanya.........

tapi.... jika itu berlaku dan mampu...

pastinya

orang miskin akan bertanya mengapa mereka ditakdirkan miskin?
oran buta akan bertanya mengapa mereka yang begitu?
orang gila akan bertanya mengapa mereka perlu gila?

dan semua pasti akan berdiri dan mengutara....

lalu bagaiamana?

teruskan tersenyum, biarpun menangis. terukan perjalanan, biarpun terhiris...