Followers

Saturday, January 8, 2011

FITRAH KU

jangan pernah letak rasa percaya pada orang lain dgn senang.. janji dan sumpah manusia hanyalah seperti angin yang bertiup bila-bila masa..selagi manusia dianugerah mulut yang terhias, selagi tulah fitrahnya tidak pernah berubah. mungkin baik pada pndangan orang tapi natijah pada diri sendiri.. akal dan pandangan manusia berbeza.. tapi yang kedua tidak akan pernah jadi yg ptama atau ketiga biarpun smpai mati.

baik pada kau
tak semestinya baik pada ku

hitam pada kau
tak semestinya hitam pada ku

putih pada kau
tak semestinya putih pada ku


apa yang aku luah pada kau
setenang air kau
luncurkan pada mereka

aku hanya meletakkan tanda koma disitu
tapi kau meletak kan semua kosa kata siap penanda wacana.

bila aku mula diam dan simpan sendiri
kau kata aku berubah....

bagaimana mahu percaya bila cerita dukaku kau khabarkan pada dunia
kau menambah setiap adegan yang tidak pernah aku lakonkan.

yang akhirnya menjadi satu pentas lakonan yang tidak pernah aku mainkan..
dan pendengar serta penonton yang hanya melihat terus menghukum.





mode: usia sudah 24 tapi masih melalui atur jalan yang tak pernah aku pilih. masih berjalan mengikut tali yang tersimpul mati dileher..............

"wahai putera kayangan, turunlah dikau segera, bawa aku terbang jauh, bawa aku terbang tinggi ke langit bahagia, lepaskan tali yang tersimpul membelit dileherku ini"

2 comments:

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

ni kes gado ngan bf la ni,,haiisshhh mcm2 org skang, haha,,,,,

Qaseh said...

haha, kalau ade, tak mintak tak putera turun dari langit tu...