Followers

Saturday, December 3, 2011

.: Pertambahan di Angka :.

di tarikh ini 3.12
tahun yang membezakan kami
tapi

tempat bersemayam asyiknya kami sama.
tempat beradu lenanya kami sama
dan tarikh keramat ini
memberikan aku dan dia akan nikmat dan palsunya dunia

*Terima Kasih ya Allah *

untuk disisinya. pengharapan aku.

moga dia akan terus tabah dan tenang menghadapi pertambahan usianya
moga dia akan terus kuat dan gigih mencari apa yang dia inginkan
moga dia akan terus bahagia dan damai menempuhi hari-harinya.

Allah selamatkan kamu kakak ku.

di satu sisi lain..

pengharapan untuk hari aku ini.

moga bondaku terus bahagia dan tenang dalam menempuhi hari-harinya
moga bondaku terus sihat-sihat dan tersenyum meladeni usia tuanya
moga ayahandaku terus bahagia dan tenang dalam menempuhi hari-harinya
moga ayahandaku terus sihat-sihat dan tersenyum meladeni usia tuanya
moga kesekalian kakak-kakak dan saudara-saudaraku hidup dalam kebahagiaan yang Dia redhai.

dan untuk diri aku, empunya cerita.

cukuplah diberikan aku kekuatan untuk aku terus mencari titik putih.
titik putih untuk bermula sesuatu yang lebih baik dan sempurna.

dan di satu kondisi lain di dalam hati.
moga Tuhan hadirkan dia,
dia tidak harus sempurna mana, tapi cukup untuk melengkapi.
tak apalah, aku tahu Tuhan telah adakan jalan cerita untuk aku.



pen off~


















mode : ^___^ sangat berterima kasih kepada kalian yang ucapkan kata indah selamat itu. aku hargai, baik di phone mahupun mesej fb. dan buat kalian yang bertanya kenapa aku hidekan wall aku. aku tak ada jawapan. tapi aku tetap tahu, kalian pasti ingat dan aku berterima kasih. Maaf sangat yang tak terhingga, bukan aku menolak atau tidak menghargai acara yang mahu kalian lakukan. Tapi untuk hari cerita aku ini, aku punya cara sendiri. biarlah permulaan hari cerita aku ini aku mulakan antara aku dan DIA. sebab esok masih ada dan kita masih boleh bersama. jujur aku kata, aku terlalu hargai perancangan kalian. aku tunggu esok hari, biar matahari menemani kita.

Thursday, December 1, 2011

.: Perawannya aku sekali lagi :.

Bila datang angin kelabu
Aku tak pernah lagi peduli si warna-warna
yang sedaya memberi aku rasa untuk segaris senyuman

Bila datang angin kelabu
Aku tak pernah lagi hirau sang corak-corak
yang berkeras memberi aku rasa untuk segaris senyuman

Mata aku tidak lagi meliar menembusi sang cakrawala
Mata aku tidak lagi melompat menembusi sang pawana
Mata aku akan jadi kaku
Melotot pada satu ozon yang lurus tanpa belok
Telinga akan jadi budek menepis setiap prosa yang cuba mengetok tingkap gegendang

Tangan aku letak di dada menghentak halus
Biar ia memujuk debaknya rasa
Agar jangan berdenyut
berhentilah hiba wahai si qalbi
Tangan aku letak di dada menghentak lembut
Biar ia membelai debaknya rasa
Agar jangan berdetak
berhentilah duka wahai si qalbi.





pen off--





p/s : kadang kita bisa saja menambah energi pada taulan yang sedang dilanda duka, tapi bila tiba masa yang empunya cerita bergelora, langkah terus terhenti... kadang si qalbi mendesak, memaksa si penjaga menyerah, berkongsi tampuk jagaan pada tangan2 kasar.. mungkin penjagaannya lebih rapi. tapi si qalbi lupa, lemahnya si qalbi yang buat si penjaga berhati-hati. si qalbi lupa, si penjaga takut runtuhnya qalbi untuk kesekian kali.

orang mungkin saja bisa mendengar, tapi dengarnya hanya bersama angin. makanya itu tidak perlu.

Tuesday, April 5, 2011

blood itu darah kan?

tet tet tet tet,
malas nak type banyak2,
tapi nak update hari ni
saye bagi darah saye dekat doktor.
saye harap dengan darah saye yang sikit tu
boleh bantu orang lain
insya'Allah.....








SAKIT ???

sikit-sikit la....sakit le juge...
lepas tu, petang sikit tu....
saye dah boleh main study-study dekat library....
maklumlah dah dekat nak exam ni
so library jadi umah kedua lah!!!!!! I really love Library!




























mode: hahahha sian tgk fairus, die tak leh tengok darah, tapi kene teman saye pegi derma darah... upppssss, sorry erk....
mmmmmmmmmmmmmmm makkkkkkkkkkkkkk nak cepat abis belaja T____T

Monday, March 7, 2011

!!! ....!!!....!!

bile boring sangat dalam kelas, then memg tak leh concentrate langsung on lecture ni la yang jadi...


i came to this world
to feel the warm of earth
to reveal the secret of tears
to catch the sweet of smile
and
to seek the diamonds
and prepare for the end of my life.




Wednesday, February 23, 2011

A Real Man

..... I need a man like this ............


mode: kalau la ade lelaki yang nyanyikan saye lagu cinta kristal pun layan jugak.. mbahahahha

Friday, February 11, 2011

Tahniah Enchik

11022011 macam pantulan kan..

takpelah takmau cakap panjang2 nanti touching..
ape pun sebelum tarikh hari ni habis saye nak wish :


"enchik, tahniah ^___^ untuk hari ni."

even saye dah wish semalam

dan ape yang saye tak mampu nak wish dekat enchik semalam adalah .....


"jaga diri dekat jepun nanti, 4 bulan tak lame pun.
lepas tu nanti bile balik semula sini, lupakan semua yang lepas. mulekan hidup baru and again wish congrates for ur wedding end of this year.
takde sape pun salah sebab ni la namenye takdir. mungkin ade silap sikit bila kita sama2 ego tak mau clear kan dari mula. bila masing2 dah tau and admit semuanya dah lambat.
tapi takpe anggap semuanya ujian ^__^. pilihan orang tua insya'Allah selalunye berkat dan insya'Alla kekal sampai akhir hayat.. (amin) . kadang-kadang kite tak boleh ambik ape yang kita mahukan tapi kite kene ambik apa yang kite perlukan... mungkin enchik mahukan saye dan saye mahukan enchik tapi siapa tahu, satu hari nanti enchik akan sedar N adalah orang yang enchik perlukan dalam hidup enchik.. dan insya'Allah saye akan jumpe orang yang saye perlukan..
jadi kita kene terus senyum dan terima dengan redha...."



-typing off-



Wednesday, February 2, 2011

andai mampu aku bertanya

andai mampu aku bertanya kepada Tuhan
aku mahu bertanya

berapa banyakkah lagi airmata yang tersimpan
berapa banyakkah lagi kesabaran yang tersimpan
berapa banyakkah lagi senyuman yang berbaki
berapa banyakkah lagi ruang hati yang belum terhiris
berapa banyakkah lagi ruang kosong di pendengaran

belum cukup kuatkah aku?
belum cukup tabahkan aku?
belum cukup sempurnakah air mata yang tertumpah?

sampai bila, apakah lagi, mengapakah, siapakah?

andai mampu aku bertanya.........

tapi.... jika itu berlaku dan mampu...

pastinya

orang miskin akan bertanya mengapa mereka ditakdirkan miskin?
oran buta akan bertanya mengapa mereka yang begitu?
orang gila akan bertanya mengapa mereka perlu gila?

dan semua pasti akan berdiri dan mengutara....

lalu bagaiamana?

teruskan tersenyum, biarpun menangis. terukan perjalanan, biarpun terhiris...

Sunday, January 30, 2011

Penangan Melaka!!!! kami jumpe Hang Tuah?

huisshhh lame dah sebenarnye moment ni... tapi baru la ni nak update..haissshh lembaps~~

tajuk entry mcam gempak sangat je.hahha cehhhh kalau jumpe betull mencicit tak cukup tanah la saye lari...!!!!

hehehehhe. cuti thaipusam haritu... jalan2 pegi tengok tempat Hang Tuah.. eheheh! syok oooo, saye drive..tak tau jalan ni..aci pakai redah je... then lastly selamat sampai...!!
cume sad sikitla sbb ingat nak hangout kat jonker street tu..tapi yela saye dgn kawan2 datang time bukan hari sabtu ahad kot..so benda tu tak ade..but overall best la... enjoy sangat...







Saturday, January 8, 2011

FITRAH KU

jangan pernah letak rasa percaya pada orang lain dgn senang.. janji dan sumpah manusia hanyalah seperti angin yang bertiup bila-bila masa..selagi manusia dianugerah mulut yang terhias, selagi tulah fitrahnya tidak pernah berubah. mungkin baik pada pndangan orang tapi natijah pada diri sendiri.. akal dan pandangan manusia berbeza.. tapi yang kedua tidak akan pernah jadi yg ptama atau ketiga biarpun smpai mati.

baik pada kau
tak semestinya baik pada ku

hitam pada kau
tak semestinya hitam pada ku

putih pada kau
tak semestinya putih pada ku


apa yang aku luah pada kau
setenang air kau
luncurkan pada mereka

aku hanya meletakkan tanda koma disitu
tapi kau meletak kan semua kosa kata siap penanda wacana.

bila aku mula diam dan simpan sendiri
kau kata aku berubah....

bagaimana mahu percaya bila cerita dukaku kau khabarkan pada dunia
kau menambah setiap adegan yang tidak pernah aku lakonkan.

yang akhirnya menjadi satu pentas lakonan yang tidak pernah aku mainkan..
dan pendengar serta penonton yang hanya melihat terus menghukum.





mode: usia sudah 24 tapi masih melalui atur jalan yang tak pernah aku pilih. masih berjalan mengikut tali yang tersimpul mati dileher..............

"wahai putera kayangan, turunlah dikau segera, bawa aku terbang jauh, bawa aku terbang tinggi ke langit bahagia, lepaskan tali yang tersimpul membelit dileherku ini"