Followers

Monday, December 28, 2009

Kubur Rasaku

Gurun Sahara...
Tanah yang tandus
Kering dan kontang
Di sanalah telah ku kuburkan segala rasa
kasih..sayang....dan cinta...
Agar ianya tidak kembali tumbuh
Agar ianya tidak kembali memekar
Disanalah telah aku kuburkan ia tanpa nisan
Agar ianya tidak bertanda..
Agar aku tidak menemuinya lagi...
Agar ianya tidak terkesan bila ku cari......


.......qaseh07.....
Dulu...tika itu..saat itu
Aku pernah terluka...
Luka yang dalam...
Hingga kini masih berdarah...
Dan akan terus berdarah...
Aku cuba merawatnya sendirian...
Namun tidak akan ku benarkan tangan lain menyentuh
Aku mahu luka itu menjadi tanda..
Aku mahu luka itu meninggalkan kesan...
Aku mahu luka itu meninggalkan parut...
Kerna aku mahu ianya kekal sebagai ingatan
Kerna aku tidak mahu dilukakan lagi.....


........ qaseh07........

Sunday, December 20, 2009

Ya ALLAH , Jangan Matikan Hatiku..

aku sangat tertarik dengan post yang dikirimkan dekat facebook aku nih....
“Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati! ”
Ingatlah wahai orang yang bermujadahah… tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di hujung jalan, cukup sekadar kau telah menempuh jalan. Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan…Genggam al Quran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah!

Saturday, December 19, 2009

ZAMRUD KE - 8






~Ubahlah Kerugianmu Menjadi Keuntungan~






Jika kakimu terhantuk dan engkau terjatuh ke dalam lubang yang dalam
Kelak engkau akan keluar darinya dengan kekuatan dan daya yang lebih kukuh
Sesungguhnya Allah bersama-saman orang yang bersabar

  • Jangan bersedih sekiranya orang yang selama ini dekat dengan mu menghujamkan anak panah ke tubuhmu. Kerana nanti engkau akan mendapatkan orang lain yangakan mencabut anak panah tersebut, mengubati lukamu dan mengembalikan kehidupan dan senyumanmu.

  • Janganlah sering bernaung di atas gedung keruntuhan, terutama bila sekelompok kelawar telah menghuninya dan kegelapan telah menghampirinya, Carilah kicauan burung yang menembusi cakerawala bersama sinar yang paling cerah.

  • Janganlah melihat kertas-kertas yang telah berubah warnanya , huruf-hurufnya yang membingungkan, dan tulisannya yang sudah suram. Engakau akan menyedari bahawa tulisan itu bukanlah tulisan yang tebaik yang prnah engkau tulis dan kertas itu bukan jua kertas terakhir yang engkau tuliskan.

~barangsiapa menabur angin akan menuai badai~

Thursday, December 17, 2009

Khas Buat Insan Bergelar Lelaki




Wahai Lelaki

Jika seorang Wanita Menangis Dihadapan mu
Itu beerti dia tidak dapat menahannya lagi
Jika kau memegang hatinya saat dia menangis
Dia akan tinggal bersamamu
Di sepanjang hidupmu
Namun.....
Jika kau membiarkannya pergi
Dia tidak akan pernah kembali lagi

Wahai Lelaki

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah
Kecuali di hadapan insan yang amat dia kasihi
Dia akan menjadi Lemah
Dia akan melunturkan rasa egoisnya

Wahai Lelaki

Jika seorang wanita menangis keranamu
janganlah kau perlekehkannya
kerana kelakuan mu itu hanya menambahkan kehancuran dihatinya

Wahai Lelaki

Saat seorang wanita menangis keranamu
Saat seorang wanita menangis dihadapanmu
Lihatlah matanya.....
Rasailah jiwanya......
Dapatkah kau lihat Sakit yang dirasainya


Wahai lelaki

Dia menangis bukan kerana dia lemah
Dia menangis bukan kerana mahu menagih simpati
Dia menangis kerana menangis di dalam hati tidak lagi memungkinkan baginya.....










plagiat........

Wednesday, December 16, 2009

antara bibir dan hati




kata bibir :

pergilah,
aku terima keputusan itu
mungkin ini yang terbaik untukmu
aku tiada hak untuk menghalang
kerana itu keputusanmu

bukan aku aku sedih..
tapi aku pasrah...
aku ingin kau di sana tersenyum gembira
mungkin bersama dia..aku tak pasti

namun...
andai satu hari nanti...
hati mu...
tiba-tiba terasa sakit, pedih
denyut jantung mu seakan sakit untuk terus berdenyut
dan air matamu bermain-main di tubir mata...
dan saat itu dirimu merasakan seperti terjatuh....
saat itu dirimu merasakan luka yang berdarah pekat wujud dihatimu...

ingatlah aku...
ingati aku bukan untuk kau kembali semula padaku..
tidak ....

ingati aku kerana....
itulah rasa yang dulu aku rasakan...
itulah pedih dan sakit yang dulu aku alami...

kata hati :

sebenarnya aku tidak mengharap kau pergi....
ku ingin kau tetap di sini
namun ku lihat kau masih pergi
kau pergi dengan senyuman...
walau ada sedikit sendu...
namun apakah itu sendu yang jujur...
atau sekadar mengulitkan rasa kasihan di hati ini
untuk meyakini aku yang sememangnya kau juga merasa duka....

sebenarnya...
aku mahu kau disini, bercanda, suka, duka bersama
aku mahu kau disini, meneruskan lagi perjalanan dengan janji utk dilaksana
aku mahu kau terus disini..mengiringi langkahku sehingga ke hujung waktu..

namun aku tiada daya, aku tiada kuasa..
kerana itu pilihanmu,
itu keputusanmu
kecewa?
ya aku kecewa.. sehingga andai dapat ku pamerkan ruang hati ini,
kau tak akan lihat lagi tempat kosong untuk disakiti lagi...
kerana hati ini telah lumat....

selama kau pergi ku tahu kau menikmati kepergianmu...

KELMARIN & HARI INI


KELMARIN
senyuman itu masih milikku
tawa itu masih milikku
rindu itu masih milikku
kata-kata itu masih milikku

HARI INI....
senyuman itu menjadi miliknya
tawa itu menjadi milinya
rindu itu menjadi miliknya
kata-kata itu menjadi milinya

dan aku... sakit.... tetapi dia bahagia...

terima kasih.....