Followers

Monday, August 15, 2016

proud-me

Be who you were created to be.
And you will set the world on fire.
 
My past is what has made me the person I am today. I definitely not been given the silver spoon. But I love the hand I've been dealt.

proud.

******************

Nota kaki:  mana lebih perit.

1. hidup bersama tetapi hatinya masih untuk orang lain.

2.  tidak bersama tetapi ingatan dan hati masih ada walau untuk secebis kenangan.


aku pilih yang kedua.




rindu.

Aku copy nukilan di bawah.
But Im not sure dekat blog mana.

**************************

jika ketika kecil aku menangis
perasaannya tidak sama ketika di guris
tidak ku tahu apa itu hidup yang tragis
menangis seketika masih ada memuji senyumku manis
jiwaku tidak sabar mengenal apa itu romantis

jika semalam aku menangis
peritnya terasa menusuk di dalam
sakitnya terluka sendirian ku pendam
dan aku belajar untuk melepaskan dendam
tiada gunanya membalas tikam-menikam

jika hari ini aku menangis
telahku tahu peritnya tangisan
sulitnya hidup bila di tekan
rumitnya kehidupan untuk di mengertikan
namun, hari ini aku dewasa dengan tangisan

jika hari esok aku menangis
tidak lagi ku buang masa mengingati luka lama
tidak lagi ku rebah walau sendirian berperang dengan duka
kerana kesakitan itu melatihku menjadi sasa
di depan ingin ku bina hidup yang lebih bermakna

hari ini aku menangis bahagia
dan bila di tanya tentang luka dan duka
aku telah lama lupa akan maknanya

*****************

mimpi itu berterusan.
dengan pandangan yang sayu.
berhari-hari. sampai aku buntu.

Apakah? semoga dimana dan bagaimana keadaanya. semoga baik-baik sahaja.

Sejujurnya. rindu itu masih bertamu.
Tapi seharusnya, aku tak mahu lagi pasang angan setinggi langit takut jatuhnya berkecai lagi. Luka yang lama masih belum sembuh dan kering.
Jadi aku masih takut walaupun rindu terkadang seperti menjerut leher.


note: orang kata kalau kita mimpikan seseorang, itu bermakna orang tu pun ingat dekat kita. Mungkin juga rindu... Entahlah......


Tuesday, July 26, 2016

kita kawan

tahun ni lain sikit... Sebab masing2 dah busy, so we decide bukak puasa buffet. No padang padang dah.
Selamat Hari Raya. Ok always wanna be DIVA... Hahahaa

kita sahabat.
tak ada tempoh hayat.

knowing each other - since 16 years old.
Alhamdulillah we still unite.

setiap tahun.
buka puasa.
gather raya sama-sama.
Ziarah our lovely Cikgu Raihanah, dah jadi benda wajib.

Nothing much, I've just hope and pray this awesome friendship will continuously without end.


Wednesday, July 13, 2016

we will

Friends are like mornings, you can’t have them the whole day, but you can be sure they will be there when you wakeup tomorrow, next week, next year, forever.

Now only me and zima..
But
we will miss u.


Monday, July 11, 2016

me - you

I use to care what people thought about me.

Until one day

I tried to pay my bills with their opinions.


Sunday, July 10, 2016

Alfatihah untukmu.

Honestly aku tak tahu macam mana nak mula entry kali ni. type - padam. type - padam.

aku masih belum boleh mimi.
masih belum boleh.

Berdebar jantung aku, masa aku baca dekat facebook yong suruh call. Gigil lutut aku bila yong menangis dalam phone.

"Eqa........ Mimi....." Dengan esak tangis Yong pagi tu aku tak akan lupa.

Itu khabar duka untuk aku. Aku tak tahu ape yang aku ambik capai Dan masuk dalam beg...Yang aku tahu aku nak cepat sampai kampung and terus pergi dekat hang. Sesak nafas aku mimi bila yong kata harapan hang untuk hidup tipis. Aku call ma, aku menangis semahunya sebab aku takut hilang kau.

Besar harapan aku untuk bisik dekat telinga hang supaya terus kuat. Dalam hati aku dah menjerit supaya angin bisikkan dekat hang untuk kuat. Bangkit. Sebab aku hang orang yang kuat. Hang bukan anak manja.. Semangat hang tinggi...Masih banyak plan kita yang kita nak buat sama-sama lepas raya. Tapi bila Qila text aku tanya dekat mana.. Masa tu aku dekat tol dato harun.. Qila cakap aku tak akan sempat pergi hospital..Qila suruh aku pergi rumah kau terus. Aku tanya kenapa.. Qila tak reply.

Aku tipu mase aku tanya kenapa sebab aku dah tahu hang akan tinggalkan aku. Tapi aku masih positif kan diri aku. Sudden Qila text kata doc akan cabut oxygen and all the supported machine kau bila bila masa ja.

Mimi... Masa tu separuh dari nafas aku hilang. Sepantas boleh aku tekan Minyak. Besar harapan aku nak hang kuat dan terus hidup. Sampai rumah, aku mintak izin untuk pergi kampung kau. Zima dengan Nick pun dah otw.

Dalam hati aku kata...

"Mimi kuatlah...esok nak raya mi....kuatlah mimi.."

Dalam perjalanan air mata aku tak berhenti mengalir. Dan Yong call aku lagi.
Mase tu aku dah dapat agak ape yang Yong nak cakap.

"Eqa....eqa kene kuat... Mimi dah takde..mimi dah tinggal kan kita"

Allahhhhhhu... Hang pergi jugak mimi.
Kau pergi jugak... Aku redha walau perit. Allah lebih sayang kan hang dari aku.

Jenazah hang belum sampai. Aku dengan Huda. Zima dengan Nick. Dari rumah hang kami pergi masjid. Aku jumpe mak hang mimi..pilunye hati aku bila mak hang peluk aku dengan zima.. Mak hang dah macam mak kami mimi.. Runtun hati aku bila mak kau usap belakang aku.

Jenazah hang nak dibawak balik kerumah. Sebab nak kebumi lepas isyak. Aku tunggu hang dekat rumah. Masa jenazah hang sampai aku tak kuat mimi.. Aku tak kuat.. Tapi Aku xmahu ralat untuk Kali yang terakhir. Aku pegang kaki hang.. Aku usap kaki hang. Hang dah kaku mimi..hang dah tinggal kan aku.. Kali terakhir aku tatap wajah hang...aku anggap hang tidur.... Tidur yang panjang... Yang mana aku pun akan menyusul..Allah je yang tahu sayangnya aku dekat hang.

Mimi malam tu takbir raya. Aku tengok, mak, ayah, Yong and semua adik bradik hang semua tabah. Kuatnya depa mimi..

Kau pergi malam raya mimi...

Sabtu ahad kita habiskan masa sama-sama.. Kita buat kuih, kita keluar cari baju raya sama-sama.. Tapi hang tak beli pun..sebab tahu isnin kita semua akan balik kampung masing2.. Jadi kita spend time together..Malam tu hang salam aku dengan zima, hang cakap

"Hangpa balik hati-hati drive, lepas ni tak jumpe dah"

Aku marah hang mi sebab kata macam tu. Hang dengan zima yang nak balik jauh. Tapi hang senyum je. Malam tu jugak masa aku patah balik hantar barang hang yang tertinggal dalam kereta, hang tengok je muka aku mimi... Sampai aku tegor.

"Hang tengok muka aku camtu pasaipa"

Hang senyum...baru aku perasan mi... Hang tak banyak cakap hari tu.. Lepas senyum hang masuk kereta aku..hang  duduk.. Then aku suruh hang keluar sebab hang kata nak pergi puncak alam ambik barang. Aku suruh hang pergi cepat sebab dah malam sangat.

Mi.... Ingat tak masa kita buat kuih kat rumah zima.. Aku cerita imaginasi aku bila kita semua dah ada keluarga. Nanti aku teringat dekat hang and zima..Aku akan nangis dekat sinki, lepas tu anak aku tarik2 baju aku and aku lap airmata. Hang dengan zima gelak sakan sebab hangpa rasa kelakar. And hang keep ask Aku.... "eqa hang nak nangis lagi tak kat sinki".....

Mi...tak payah tunggu time tu, sekarang pun aku dah nangis mimi.

*********************************
mana mula kita? Maybank.

With all previous "kejadian" dalam hidup aku. Aku rapuh Dan lumpuh dalam hidup aku.. Aku menapak dan bangun semula dekat Maybank. Mase tu aku memang takde kawan sebab aku takut, takut nak rapat dengan orang.

Tapi Allah datangkan hang.. petang tu emosi aku drop..mase tu kita cuma kawan "hai-hai"... Hang tengok aku jalan naik atas..hang tanya nak pergi mana. Aku cakap nak pergi atas...jadi hang ajak aku beli roti dekat cafe. Kita duduk dekat koridor.. Luar building.. Dekat roof top.

Aku gayat. Hang ckp jgn tengok bawah tengok atas. Hang mula cerita macam macam..hang ckp hang suka yuna + aizat. Aku suka fynn Jamal. Aku tanya hang suka dak trekking, camping atau jalan2.  Hang kata suka. Aku ckp aku dah takdak geng. Nak dak pi dengan aku. Hang kata mau. Kita shoot pegi chilling - naik Fraser... Aku ajak zima.. Mase tu aku dah rapat dengan zima, jadi aku cuba masukkan hang dengan zima.. Tu la first kita bertiga jadi rapat. Esok pagi masing2 gelak cara tidoq masing2. Dari tu hang dengan zima dah jadi bahu kiri kanan untuk aku.

Dari situ sikit sikit aku kenal hang. Hang lain mi...hang ajar aku benda2 yang lain. Hang tak suka cakap pasal orang. Hang tak suka burukkan orang. Tapi satu hal aku yakin, hang marah kalau ada orang buat aku. Hang muda baya anak buah aku. Tapi sungguh aku tabik pada hang. Hang berdikari. Sangat berdikari. Apa yang hang nak, sedaya mungkin hang usaha sendiri. Aku kagum dengan hang mimi.

Mimi....

Lepas ni, takdak sapa nak sambung kalau aku nyanyi dalam kereta..nak teman aku cuci rambut..nak wasap aku kata teringin makan sardin la, nak makan kfc la, nak makan puja capi la...

Hang Diantara orang yang selalu tepuk Dada aku supaya kuat. Kalau Huda jauh Dan masa tu aku down..hang selalu ada.. Hang selalu kata

"Eqa apa guna aku ada kat sini kalau aku tak boleh jadi kawan yang baik untuk hang"...

Hang kata

"cukup la eqa, sampai bila hang nak tutup hati hang untuk orang yang tak pernah hargai hang..hang tak adil dekat diri hang dengan orang yang nak kawan dengan hang, hang takut dengan masa lepas hang."

Mi...aku jenis ingat apa orang buat Dan kata kat aku mimi... Baik atau buruk, aku simpan.. Tapi dengan hang tak ada pun yang pahit mimi... Hang lain.. Hang jugak bukti yang manusia hidup dengan ijazah jalanan Dan kehidupan. Di saat manusia dunia semakin angkuh dengan duit, pangkat dan harta..hang bukti itu semua cuma pinjaman dunia.

Dulu bila aku cakap, awat hang takmau proceed degree..hang cuma kata, hang malas..tapi jujur aku kata hang tahu banyak benda yang Kadang aku tak tahu.

Maaf  mimi, aku still belum boleh lagi. bagi aku masa. Sebab hang diantara sahabat yang nampak aku dalam aku..yang orang lain tak pernah nampak.


Rehat la Mimi. Rehat.
Allah sayang hang lebih dari Aku.

Hang tak pernah jauh mimi. Hang sentiasa ada dalam hati aku

#Alfatihah!
#akusayangkausangat!